Assalamualaikum...
Sy ambil tajuk ni dri sebuah buku hasil karya ;
Pahrol Mohd.Juoi - 'Nota hati seorang lelaki'..
dan semua isi2 dalm entry kali ini semua sy ambil drpd buku ini... =)
*best buku ni... ade mase.. try la cari and cuba dptkn! insyaALLAH bermanfaat. =)
~ ~ ~
' kenapa eh, dalam Al-Quran.. ada masa ALLAH s.w.t menggunakan kata ganti diri 'AKU' dan ada masanya pulak 'KAMI' ... kenapa mcm tu?'
dah lama persoalan ni asyik sy fikirkan sendiri.... dibiarkan tanpa bertanya..
*itulah malas bertanya.. mana nk dpt jwpn.. kan? T_T *
tapi alhmdulillah.. akhirnya dpt jugak sy tahu... mungkin ada yg sudah tahu jwpn nya...=)
Dalam Al-Quran, Allah ada menggunakan ganti nama ana - maksudnya 'AKU'.
Tetapi dalam keadaaan2 tertentu, Allah menggunakan kata ganti nama nahnu - maksudnya 'KAMI.
sure ada sebab2 tertentu kenapa ada perbezaan di situ kan?
and kenapa ada dua ganti nama yang digunakan ..?
itulah ..istimewanya kitab Al-Quran .. bahasa yang amat tinggi maknanya dan didikannya. Allah s.w.t sudah tegaskn bahawa kitab suci ini. menggunakan bahasa Arab... sememangnya bahasa Arab sngt indah bukan?
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. [ Asy-Syu'ara': 192-195]
Ok.. berbalik kpada perbezaan kata ganti nama tdi, berdasarkan apa yg ditergkn dlm buku ini, apabila Allah menggunakan ‘Kami’ , menunjukkan ada keterlibatan ‘pihak’ lain dalam perlakuan dan ketentuan-NYA. Contohnya , dalam hal pemberian rezeki kpd manusia. Hal ini disebabkan, dalam hal pemberian rezeki , Allah libatkan matahari, hujan, air, haiwan, tumbuhan dan lain2. Ini bermaksud, adanya campur tangan makhluk lain yang menyampaikn rezeki daripada Allah kepada kita. Makhluk telah dijadikan saluran rezeki daripada Allah kepada makhluk yang lain. Itulah tanda kebesaran Allah .. =)
Hakikat ini, pada masa yang sama menjadi ujian buat kita semua.
Ha.. mcam mana pulak tu ..?
Apabila kurniaan rezeki yang dikurniakan Allah adalah secara tidak langsung, iaitu melalui saluran2-NYA, ramai manusia yang terlupa asal usul sumber rezeki tersebut. Terlupa bersyukur kepada Tuhan Yang Esa, bahawa DIA lah yang sebenarnya memberi rezeki kepada kita semua melalui pelbagai saluran-NYA.
Itu baru ujian yang menguji tanda syukur kita kepada Allah sebagai sumber rezeki.Selain itu, ada juga ujian yang menguji tanda syukur kita sesama manusia!
Jadi , kita mestilah bersyukur dengan segala saluran-salauran rezeki-NYA. Bersyukur sesama makhluk.... bersyukur sesama manusia.
Tapi jarang sekali manusia bersyukur sesama manusia.
Sebabnya hati manusia telah dilindungi oleh rezeki hingga lupa saluran rezeki itu.
Kenapa sampai begitu?
Pabila manusia hanya ingtkn nikmat sahaja , tanpa ingt kepada pemberi nikmat, apa lagi nak ingat saluran2 –NYA .. kan?
Buat saluran-saluran itu pon, ada juga ujian.. kan hidup itu satu ujian ? =)
Pabila kita yang menjadi saluran , jangan pula kita sekat rezeki org lain ‘melalui’ saluran kita. Kalau mcm tu, samalah menyekat rezeki Allah kepd org lain.
Kadang2, rezeki yang dtg bukan untuk kita tetapi kita diuji untuk memberikan kpd org lain.
Seperti??
Amanah untuk org yg berharta.. ilmu yang kita peroleh , yang kita ada.. tenaga..
Si kaya yang berharta, haruslah membantu yang miskin.
Yang alim.. haruslah mengajr yang jahil.
Yang kuat membantu yang lemah...
Itulah tujuan Allah kurniakan rezeki kpd saluran2-NYA.
Untuk kata ganti nama ‘AKU’ pula, Allah selalunya merujuk kpd pengampunan dosa dan penerimaan taubat. Ini menunjukkan , hubungn secara terus antara Allah dan hamba-NYA . Allah secara langsung mengampunkan dosa para hamba-NYA yang bertaubat.
Kesimpulannya, kedua-dua pengampunan dosa dan pengurniaan rezeki sama-sama milik Allah.. Cuma cara nya sahaja yang berbeza.
Rahsia disebalik kata ganti nama ‘KAMI’ membuktikan kebesaran kerajaan-NYA yang Maha Luas dan daerah takluk-NYA yg tidak terbatas.
Manakala rahsia untuk kata ganti nama ‘AKU’ pula menunjukkan sifat Pengampun dan penerimaan taubat-NYA yang secara direct dengan manusia sehingga mencecah hati manusia.
~~~~
Sekian...
p/s :moga dpt ponder2 sama2 apa yang penulis buku ini cuba sampaikan.. insyaALLAH. =)