Wednesday, August 24, 2011

thank you !!

 YOU teaches me
in a way that no one can ever tell..
 YOU gives me
something that no one else can give it to me
 YOU shows me
one thing that is so long forgotten..
 YOU plans for me
so neatly and smoothly ... so sweet...
 YOU brings me to YOU
with loves and  by YOUR  love's one..
and make me fall in love too..
 YOU lights me up
with the chosen one for me..
 YOU makes me know
something from nothing
 YOU brings something
new in my life that I rely on.. to live
  and ...
YOU makes me meet with something
that only me and YOU know it..
that I  really- really appreciate it..
and YOU teaches me... .. keep on teaching me....
Alhamdulillah...
oh thanks to YOU...
and thanks to you....
and thanks to all..~



 p/s: NO one can ever do like that for me.. except YOU!






Friday, August 19, 2011

laluan cinta

Laluan cinta..


arahkan rasa ini ke satu destinasi...destinasi Ilahi..
tanamkanlah cinta yang  utuh dalam diri ini... hanya kepada yang Maha Pengasih..
belailah rindu yang tersemai ini ... agar hanya nama agung -Mu yang akan ku sebut....
sucikan hati nan satu ...agar bersih dapat  kuserahkan hanya untuk-Mu...








~~~



CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..



~~~



Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud  seorang hamba
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang  sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

~~~
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'



"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah."

 p/s:  2 puisi di atas di ambil dri link ini .

lagu lama..lirik baru!





"Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nnti jawab iman, ujian yg goncang..

                                  Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nnti jawab ujian, tanyalah aqal..

Aqal nnti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..

Tengok dlm hati, nmpak tmpat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang.."



Thursday, August 18, 2011

proses pengabulan doa

Terdapat 3 cara Allah SWT mengabulkan doa kita. 
Tujuan sy share sedikit pengetahuan tentang  ini adalah supaya  hilang keraguan kita terhadap  janji Allah SWT seperti  dalam ayat ini ;


"Aku mengabulkan permohonan irang yang berdoa apabila ia memohon padaKU" [Al-Baqarah :186]


"...berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu.."
[ Al-Mu'min:60]



1. Kita doa, Allah SWT makbul


Ini normal. Apabila kita berdoa kepada Allah SWT, memohon sesuatu, setelah Allah SWT menilainya sesuai dan baik untuk kita , Allah SWT akan memberikan kepada kita tanpa syarat dan 'kos tersembunyi'.


2. Kita doa yang lain, Allah SWT beri yang lain


Erm.. adakah Allah SWT salah dengar doa kita kah?? atau pun... kita yang tersalah sebut ketika berdoa??  ~ huhu.. NOPE3!!
Sebenarnya, setelah diteliti... permintaan kita itu tidak sesuai dengan kita.
contohnya... kita berdoa meminta menjadi kaya! tapi mungkin.. kalau kita kaya , kita akan menjadi riak.. dan lupa pada Allah SWT.. lalu melakukan dosa2 besar. Oleh itu, AllahSWT  menggantikan permintaan kita itu dengan sesuatu yang lain...yang  lebih baik , seperti kelapangan hidup. Contohnya, tidak terbelenggu dengan hutang2 .. atau tidak ditimpa kemalangan yang memerlukan belanja yg besar. =)


3. Kita doa , Allah SWT tidak makbulkan


??? ...
Sebenarnya.. bukan Allah SWT tidak makbulkan , tetapi Allah SWT tukar doa itu menjadi ganjaran yang cukup bernilai di akhirat kelak kerana amalan kita di dunia ini belum melayakkan kita untuk hidup senang di akhirat nanti. Ada satu riwayat mengatakan bahawa... seandainya manusia tahu betapa besar ganjaran doa yang dikabulkan di akhirat , pasti mereka menghendaki doa mereka tidak dimakbulkan di dunia.


~ betapa kasihnya Allah SWT.. sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-hamba-NYA kan.. ??
=)


alhamdulillah..
jom.. doa! 


p/s: bersabarlah... insyaALLAH.. ada ganjaran untuk kita kelak. 
jangan sedih2...

Wednesday, August 17, 2011

JIKA AKU JATUH HATI



* female version =)


*male version =)

both videos are the just same.
lets' recite the doa...
=)
insyaALLAH... 

"doaku.. moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran..
yang sememangnya menguji kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang ..

semoga cinta yang dicari telah ditemui
semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasih-Nya..
insyaALLAH..."

p/s: amin...

Tuesday, August 16, 2011

river flows in you..


 like this SONG..
a very SWEET song...
though a little bit sound like a SAD song..
but .. LOVE it!!

p/s : currently listening to this song while watching one of my albums..--> my  last vacation during winter semester at Istanbul,Turki..
Trying.. to refresh my minds... all the beautiful memories I had there..
A very2 wonderful journey foe mr until now....I guess.. and hoping that one day.. I will have the chance.. going back there again.. and have another memorable days and times there.. maybe with my own family..?!~ who knows.. haha... 
hope so.. insyaALLAH... 
=) 





Sunday, August 14, 2011

pemujuk hati ini

[2:51 a.m ,15 ogos 2011]

Assalamualaikum wbt...
malam ni susah betul nak tidur.. rasa mata ni segar je... walopun dah cuba lelapkan mata td.. still xdpt..
so trus bukak balik lappy.. on blog...and now I'm typing in the darkness~

Teringat malam tu.. malam antara aku dengn DIA.
Waktu tu still di negara sana.. (belum lg pulng ke Msia) and I was in the middle of exams period. Lebih kurang 2 or 3 days before final exam ( for last major subject as first year medic student.)
Malam tu.. seusai solat Isyak...lepas sahaja baca doa seperti biasa.. sy terdiam.. duduk , tak berganjak.. masih dlm berpakaian solat...berteleku... terdiam.. berfikir... mencari... cuba and cuba.. and cuba...

" ya ALLAH... apa yang patut aku buat ? aku sudah cuba, tapi xmampu... kenapa aku tidak seperti yang lain... sudah hampir seminggu aku study... tpi.. seperti baru sehelai buku shaja yg melekat dlm kepala ku ni...
 ya ALLAH.. ampunkan diri ni ya ALLAH.. sungguh hamba mu ni.. tidak pandai bersyukur... astagfirullahalazim....
ya ALLAH.. di manakah salah ku? sehingga aku berasa seperti ini? .. hilang rasa tenang... hanya gelisah.. tension.. stress yg menemani ku kini... ya ALLAH.. apa yang sedng berlaku dngn diri ini ya ALLAH...
bantulah aku ya ALLAH...
aku mintak ampun dari MU ya ALLAH.. sungguh aku hamba-MU yng lemah.. sering lalai..
banyak melakukan dosa... 
astagfirullahalazim...
ya ALLAH.. kenapa sungguh sukar bgiku kini untuk belajar.. tidak seperti yang lain..? sedangkan dalam  beberapa hari shj lgi aku akn menduduki peperiksaan ...
ya ALLAH.. sungguh aku hamba yang jahil... 
ya ALLAH... bantulah aku ya ALLAH..
berikanlah petunjuk kepada ku ya ALLAH..
apa yang harus aku lakukan..?
sudah ramai yang membantu.. namun ku masih terasa hilang.. malah diri ini  pun tidak mampu membantu diri sendiri..
oh ya ALLAH... dosa2 ku.. amatlah banyak... ampunkan lah aku...
mana hilang nya diri aku selama ini ... kenapa aku sering jauh dari-Mu ya ALLAH..
oh ya ALLAH... aku tidak mahu meminta lebih dri Mu ya ALLAH..
aku tahu.. usaha aku tidak sebanyak mana pun.. amat jauh mungkin bagi aku kejayaan dlm peperiksaan akan dtg.. 
oh ya ALLAH.. jikalau kejayaan itu yang terbaik bg ku... kurniakan lah ia kepada ku.. tetapi jikalau kejayaan itu akan membuat ku lebih jauh drimu.. dan lalai daripada memngingati MU serta membuatkan aku bongkak dan lupa diri.. hindarkanlah ia dripdku... aku redha... dan pasrah dengan ketentuan Mu.. aku hanya pinta pada MU.. tabahkan lah diri aku dalam mengahadapi semuanya ...
didiklah diri ini untuk bersabar ya ALLAH..


oh ya ALLAH.. hati aku berasa amat tertekan..
tidak ada satu kata pun yang dapat menenangkn aku sekrg...
aku hanya berharap pada MU ya ALLAH..
sesungguh nya..
 Engkau la pemilik hati ini.. bukanlah diri ku..
Engkau la yang memegang hati ini... bukanlah diri ku..
oh ya ALLAH...
aku merayu pada MU..
 pujuk lah hati ini..
belai la hati ini...
aku xmampu memjuk nya sendiri...
aku xmampu menjaganya sendiri..
x ada satu pun yang aku mahukan sekrg ini...
hanya Engkau ... hanya Engkau yang mampu memujuk diri ini..
alangkah indahnya jika aku dpt berjumpa dengn Mu..
aku mengadu pada Mu ya ALLAH...
hanya Engkau tempat aku mengadu..
hanya Engkau yang tahu segala isi hati ku ini
peluk la diri ni..
aku ingin sekali merasa pelukan dari MU di saat ini
 pujuk la diri ni...
agar tidak bersedih lagi..
aku sudah x tertahan lagi,,,
bantulah diri ini ya ALLAH..
aku hanya ingin bersama dengn MU...
pimpinlah tangan ku ini..
selimutkanlah diri ini dengn ketenangn dari Mu..
ya ALLAH... please be with me.. please...
peganglah hati ini...
pujuklah...pujuklah ia...
hanya Engkau yang mampu memujuk hati ini...
tolonglah...
aku mohon....
ya ALLAH...
aku mohon...
ya ALLAH...."

~~~
sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
DIA akan mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya...
satu malam yang cukup indah bagi diri ini... tak mungkin akan dilupakan... insyaALLAH..
malam yang cukup istimewa ...
terasa seperti dipeluk oleh-Nya..
terasa seperti dibelai oleh-Nya..
terasa ketenangn disekeliling diri ini..
hati ini.. benar2 terubat..
benar.. ternyata..DIA lah yang berjaya memujuk hati ini akhirnya..
sehingga diri ini mampu kembali tersenyum selepas itu..
kembali merasa tenang..
seakan-akan berasa DIA amatlah dekat ..
teramat lah dekat..
berbicara dengan-NYA.. satu suasana yang amat tenang..
benar! hati betul2 terasa dipujuk...
alhmdulillah..
aku bertawakkal sepenuhnya kepada DIA...
sejak itu..
aku benar2 yakin..
DIA lah pemegang hati ini...
pemujuk hati ini..
hati ini.. diri ini.. sepenuhnya milik MU ya ALLAH...
ku serahkan segalanya kepada MU..
ku bertawakkal kepada MU...

alhamdulillah...
~~~
p/s: betul2 rindukan lgi suasana seperti itu.. =)
* I miss YOU

Friday, August 12, 2011

return


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan nur imanMu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yg Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yg telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan t erus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku ya Allah
Bimbinglah daku ke jalan ridhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku di dalam kegelapan

Aku kan kembali pada Mu Robbi
Mengadap Mu ya Robbul-izzati
Segala ketentuan kupasrahkan di hujung penghayatan


Thursday, August 11, 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"....."




Oh.. betapa jahil nya diri ni
Jahil.. sangat la jahil..
Tanpa petunjuk dari Mu..
Aku hilang..
Banyak nya yang belum ku tahu..
Jauhnya..
Jauhnya aku dari sisi Mu..
Hinanya aku.. lemah nya aku..
Tak sanggup membilang dosa lalu..
Siapa  diri aku yang sebenar?
Apa yang telah aku lakukan?
Mana hala tuju matlamat ku?
Usia ku.. nyawa ku selama ni.. adakah bernilai?
Oh Tuhan..
Sungguh aku malu..
Malu pada Mu
Malu untuk meminta pada Mu..
Namun pada siapa lagi yang harus aku meminta..
Sedangkan aku milik Mu...
Engkau la Pencipta ku...
Engkau yang Berkuasa atas segalanya..
Engkau la Tuhan aku..
Aku serah diri hanya kepada Mu..
Sujud hanya pada -Mu
Engkau yang Esa..
Oh Allah..
Andai ku pinta pada Mu..
Ampunkan kesalahan aku kepada-Mu selama hayat ku  ini..
Terima lah aku kembali..
Pimpin la aku dengan taufik dan hidayah Mu
Agar kelak aku dapat berjumpa dengan Mu
Boleh kah??
Walaupun aku malu..
Aku pinta hanya  pada –Mu..
Oh Allah..
Jangan Engkau biarkan aku termasuk dalam golongan yang sesat..
Bantulah aku Ya Allah..
Ampunkan aku..
Terimalah aku...
Redhailah aku.. di dunia dan akhirat milikmu ...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.. Maha Penyayang....
Jauhkan la aku dari jahilliyah..
Aku tak mahu lagi lalai  dan aku tak mahu lagi jauh dari Mu..
Berilah aku petunjuk.. akan apa yang harus aku lakukan.
Ajari lah aku ya Allah..
Pimpin lah aku ya ALLAH..
Bantulah aku ya ALLAH...








sudah terpaut..

.Sudah terpaut...


ahh! hati sudah terpaut dengan tempat tu..
teringin lagi nak ke situ..
kat situ ,
aku dapat cari ketenangan.. jauh dari yang lain..
kat situ juga dapat aku pelajari dengan tenang bait-bait kata dari-Mu..
ahh! teringin nya nak ke situ lagi..
huhu..
kalau la dengan mudah sekali ku dapat ke situ tanpa halangan.. 
walaupun tak seindah binaan2 lain seperti yang pernah ku pergi di Istanbul dulu..
namun , tempat tu beri satu rasa kelainan buat hati ni..
asyik terpanggil-panggil je ke situ..
tempat ni la yang terdekat dan mampu aku pergi sekarang pon..
kalau nak harapkan ke tempat yang lebih famous  namanya.. kene tunggu  poket berisi lebih la..
entah kenapa.. hati ini dah suka akan tempat itu...
kini aku yakin.. tempat2 seperti  itu mesti dapat berikan rasa tenang dan buatkan aku rasa lebih dekat dengan- Mu..
lepas ni nak pasang angan2 la.. kalau boleh teringin nak jelajah ke semua tempat2 seperti itu.. di serata dunia.. ~ waaa.. kalau berpeluang la kan ? ... hehe.. insyaALLAH...
aminn~


masjid Al-Bukhari, Alor Star, Kedah.

p/s: hati sudah terpaut... =)
 moga aku semakin dekat dengan -Mu ... 





Sunday, August 7, 2011

touched~


P/S :
... for the very first time I heard this song.. 
my eyes full with tears...
then I realized..  
I was crying...


my heart was touched..
with this song..
those lyrics.. 
are very beautiful..
no lies..


oh ALLAH..
I know..
I'm very2 far away from you..
too far..
and I'm lost...


oh ALLAH..
please lead me to you..
please lead me to your love.. 


oh ALLAH..
guide me to you..
please...
please....
please......



Monday, August 1, 2011

saat romantis bersama-NYA...

assalamualaikum...
insyaALLAH...  terjumpa satu puisi yang sangat indah.. and nak share di sini..
 =)

"aku cemburu pada  bulan yang bermesra denganMU pada malam hari,
aku cemburu pada bintang yang berkelip  gemilang di kala mentari menyepi,
aku cemburu pada tumbuhan yang bertasbih padaMU di kala mulutku terkunci,
aku cemburu pada kelawar yang berjaga di saat ENGKAU turun ke bumi.
aku cemburu pada jiwa yang berdoa padaMU di saat aku sedang bermimpi,
kerana itu aku bangun , melangkah kaki pada RABBI,
menadag tangan pada RABBUL IZZATI ,
supaya cintaku ini tidak dibawa lari.."




sedap kan susunan ayat2 die?

menurut satu hadis Qudsi ini, ALLAH SWT berfirman bahawa ,pada setiap dua pertiga malam , Dia akan turun sehingga ke langit pertama dunia untuk menawarkan keampunan kepada hamba-hamba-NYA yang bangun beribadat pada masa itu.

"adakah hamba-hambaKU  yang ada sebarang permintaan?
AKU mahu kabulkan . adakah hamba-hambaKU yang ingin memohon kemapunan?
AKU mahu ampunkan? "

waaa... hebat kan?
jadi apa lagi... jangan lepaskan peluang ni!!!
jom ber'dating' dengan DIA ... 
jom cipta saat2  romantik bersama-NYA ...
so that, adanya kenangan terindah antara  diri kita dengan Pencipta kita di dunia ini.. dan boleh menjadi aset yang paling berharga di akhirat sana kelak! 
;)

p/s:  " sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan" [ Al- Muzammil: 6 ]