Sunday, January 22, 2012

free message !!



...
tetiba teringat satu perbualan antara sy dengan seorang sahabat...

*lebih kurg seperti dibwh,
mungkin lain sikit ayat2 die.. tp maksud nye sama ..insyaAllah

~ ~ ~

X : anda sayang Allah tak?

me : sayang..

X : sayang yang mcm mana?

me : hurm..

X :  sbg contoh,  kalau kita syg seseorang or sesuatu tu.. kita mesti rasa , selalu nk beritahu die yg kite syg die..  tak nak sakitkan hati die..  nak guna bahasa terbaik bile berckap dengan die.. kan..?

sangat cantik kalau ape yg kite rasekan tu, kite gunakan  juga untuk Allah.
cuba  anda bayangkan.... tengah2 study.. tiba2 , rindu dekat Allah..
tutup mata, cakap dalam hati .. ( send message )

" ya Allah, hamba-Mu ini rindu sangat pada-Mu"

dah la free... tak perlu bayar prepaid pun.. dan ia menenangkan .. insyaAllah !

me: =)

X : ini.. just mengikut pendapat saya..
cantik sangat2 sebenarnya , bila berkasih sayang dengan Allah.. tpi sayang, mungkin jarang manusia yang buat....
dan.. kalau rindu bertemu dengan -Nya.. setiap kali solat itu.. seumpama anda bertemu dengan Dia juga lah..
tunaikan solat dengan perasaan ihsan..
Ihsan tu.. perasaan seolah-olah , kita nampak Allah .. or at least Allah nampak kita..
insyaAllah.. dapat kekhusyukkan solat itu...

~ ~ ~

sweet kan bila bercinta dengan Tuhan..
hantar mesej free je.. dan confirm2 la Dia dapat..
dan sudah tentunya Dia pun mempunyai perasaan yang sama..
kerana Dia Yang Maha Mengasihi.. sentiasa  merindui hamba-hamba -Nya..



Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi,


"dan hamba-Ku sentiasa mendekat kepada-Ku dengan amalan -amalan sunnah sampai Aku mencintai dia. Kalau aku sudah mencintainya, Aku adalah pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, penglihatan yang ia gunakan untuk melihat  , tangan yang ia gunakan untuk memukul, dan kaki yang ia gnakan untuk berjalan. Kalau ia meminta kepada -Ku , pasti aku kabulkan . Kalau ia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti akan Ku lindungi"


Allah pun sweet!


p/s: jom kita usaha gapai cinta Allah s.w.t  =)

Saturday, January 21, 2012

erk.. jatuh cinta?

*topik kali ini..  cinta...!  woot2~ : p



manusia berlumba-lumba mencari cinta sesama manusia...
manusia berasa gembira dengan cinta sesama manusia...
manusia patah hati dengan cinta sesama manusia..
manusia mendahulukan cinta sesama manusia  berbanding segala-galanya..
manusia berpegang dengan cinta dunia.. tapi tidak pada cinta akhirat...
manusia mahu kan cinta itu.. tapi lupakan cinta paling utama??
manusia.. akhirnya.. melupakan cinta hakiki ....
siapa yang mengejar cinta abadi akhirnya?

......
dapatkan dahulu cinta Ilahi...
kerana cinta itu akan beri bahagia bukan sekadar di sini.. malah di sana kelak..
kerana cinta itu lah tak pernah ada kurangnya dan tak akan pernah pudar ..
kerana cinta itu asalnya dari yang Maha Mencintai..
kerana pemilik cinta itu adalah Dia.. pemegang untuk semua  kunci Cinta yang ada..
kerana cinta itu cinta sejati.. dan tak akan pernah mengecewakan..
Mecintai Dia.. yang sentiasa Mencintai kita..
sentiasa berbalas.. tak ada kekecewaan..
Mencintai Dia.. yang sentiasa merindui kita..
yang sentiasa menanti kita.. tak akan ada kesedihan..
kerana mencintai Dia sentiasa membahagiakan...

=)

erk.. seandai nya jatuh cinta pada manusia ??
hurm.....
biarlah cinta itu membawa kepada Cinta Teragung..

Dari Mu'az r.a , katanya : "saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah 'Azzawajalla berfirman : "orang-orang yang saling cinta -mencintai kerana keagungan-Ku, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para syahid "

..mencintai kerana Allah ..
hubfillah ~ 




p/s: seandainya aku jatuh cinta ya Allah... cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..
amin..~

snow~


sambil2 study di meja yang menghadap tingkap..
mata beralih pandang ke luar ,
tetiba nampak snow turun...
senyum..
=)

makin lama turun.. makin lebat!

Subhanallah   
hebat...!

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah 
mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Nur 24:43-45)





tetiba teringat waktu first time dapat main snow .. pegang salji dekat sini.. =)
sweet memories~






p/s: tahun ni.. xdpt jumpa lgi snowman! xsempat buat lagi... hurm...~

pada-Mu ku bersujud



p/s : diriku milik-Mu
selama mana pun hayat yang aku ada di sini..
aku ingin terus sujud hanya pada-Mu..

hilang

terasa hilang..
hilang dalam kesibukan dunia
hilang dalam kegelapan
hilang dalam kesesakan
hilang dalam masalah yang pelbagai
hilang..
keliru..
apa yang harus dilakukan..
apa yang harus difikirkan..
rasa lemahnya diri
kurangnya diri berbanding yang lain..
.....


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (mereka berdoa) , "ya Tuhan kami, jangan lah Engkau hukum kami , jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban berat sebagaiman Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"  [ Al- Baqarah;286]

p/s: merasakan  diri memerlukan tarbiyah di waktu ini....

Friday, January 20, 2012

damai yang hilang

damai yang hilang....


...............
lihat  video ini
 = ( 
p/s : harus menjadi lebih peka..!

too complicated.

keliru...
buntu...
banyak persoalan
banyak kemungkinan
takut..
resah..
pergolakan dalaman
berperang sendiri..
kecewa..
sedih..
harapan...

"it is just too complicated.."

ya Allah..
jikalau ini adalah anugerah dari Mu,
bantulah aku untuk memelihara nya dalam keadaan terbaik..
kuatkan langkah ku..
jikalau anugerah itu ditakdirkan untuk tidak berkesampaian dengan harapan..
jauhkanlah dari kekecewaan dan kesedihan..
berilah petunjuk buat ku..
hilangkan anugerah itu.. jikalau ia hanya akan menambahkan kesakitan
dan jikalau anugerah itu menggugat keimanan ku.. dan keimanan yang itu..
padamkan ia..
jikalau anugerah itu yang terbaik buat ku..
bantulah aku untuk menjaganya..
untuk terus berpegang dengan kesabaran..
sehingga tiba masanya..
sabar menanti takdir yang telah tertulis..
hanya mampu berserah..
segala yang Engkau tetapkan
aku redha.. aku pasrah..

Thursday, January 19, 2012

kenapa eh?



hurm.. kenapa eh,
setiap kali nk cuba menyampaikan sesuatu berunsur kebaikan..kebenaran, rasa berdebar2 je.. takut..
takut orang tu tak nak mendengar.. tak nak  menerima.. atau mungkin rasa diganggu.. atau.. mcm2 lagi laa...
*mungkin itu alasan semata-mata yg diwujudkan oleh hati yang dihasut oleh bisikan2 halus berunsur kejahatan..*

untuk kali ni, dah masuk 2 kali dah, akak naqibah bagi homework kat kitorg,
untuk menyampaikan sesuatu yang kitorg belajar dari usrah..
berkongsi apa yg dah dipelajari..
mungkin akak naqibah nak ajar kitorang berdakwah.. berjinak-jinak dengan konsep amal makruf nahi mungkar..
tapi.. kali ni, cara berdakwah tu, bukan senang .. sebabnya kali ni harus berdepan dengan orang itu sendiri..
dengan orang yang hendak disampaikan tu..
aduh !
gelabah, berpeluh jgk bila nk memulakan bicara..
padahal, kata-kata yang hendak disampaikan tu semuanya berunsur kebaikan.. dengan niat nak mengajak kearah kebaikan..  insyaAllah.
waduh2... T_T ~
kenapa eh?

* mungkin perkara sebegini hanya berlaku pada orang2 beginner mcm sy ni shj..
yang. baru nk belajar mengenal  dan memahami Islam.*



ya Allah.. 
aku tahu, aku tidak sempurna.. masih banyak lagi kesalahan ku dan kekurangan ku..
aku masih lagi berada di permulaan..
dan aku tidak selayak yang lain
namun,
aku juga ingin menjadi salah seorang penyampai agama yang suci ini
aku juga ingin sebarkan apa yang telah Engkau berikan padaku..
bantulah aku..
ajarilah aku..
permudahkanlah langkah ku untuk menjadi seorang da'i
perelokkanlah kata bicara ku..
ikhlaskan hati ku hanya kerana -Mu.
amin.. 

p/s : fuh... ringankanlah langkah ku ini. 

Monday, January 16, 2012

saya suka panda..!



saya suka panda..!!
kalau boleh.. sy nk ada banyak2 panda..
nk bela panda..
nak buat satu tempat khas untuk panda...
sebabnya .. tak nak panda pupus ..
sekarang..panda , antara haiwan yang diancam kepupusan..
harap sangat panda tak pupus..

= (



*ok mungkin nmpk mcm kebudak-budakan sikit..~ maaf*
tpi... somehow saya suka panda..
tak tahu kenapa,
bila tengok panda je.. hati cepat sangat tersentuh..
buat saya tersenyum.. dan telatah mereka jgk boleh buat saya tergelak.. =)
tapi selalu jgk buat saya bergenang dengan air mata...
tak tahu la...  ape yang special sangat dengan panda.



  di bawah ni, video mengisahkan seekor baby panda dan ibunya.
* tonton.. dan ambil pengajaran.. jom!! ; )






baby panda tu.. cuba nak panjat pokok tu.. tak kira susah mcm mana pun.. still die panjat jugak.. bile dah sampai atas.. tak dapat pulak die nak turun.. so first time try, ibu die tolong die turun kan..
then.. dah turun, die panjat lagi sekali..
kali ni.. ibu panda tu dah tak tolong.. tak tahu nk turun mcm mana.. jadi die cuba jgk turun sendiri, malangnya die terjatuh .. T_T .. kesian kan..
tapi.. ape die buat lepas tu?
die panjat lagi kan..??
die panjat jugak.. tak kira sesusah mana pun untuk die panjat, dan sesusah mana pun die nak turun.. die buat jgk.. 
dan last sekali... die berjaya jugak turun dengan sendirinya.. tanpa bantuan ibunya, dan tanpa terjatuh..
hebatkan?? =)

macam tu la jugak dengan kita..
dalam hidup kita,
ada masanya kita terasa susah sangat nak capai aim kita, 
mcm2 cara kita usaha.. kadang senang sekali kita dpt! tp kadang susah sekali nk dapat..sehingga hampir give up..
tapi dengan semangat yg ada, kita teruskan jugak..
dan akhir sekali kita pun dapat!! *yeay..~
but then.. bila dah berjaya.. kadang2 kita lupa dengan diri kita sendiri..alpa, dan lalai..
dan bila kita cuba untuk atasinya, kita 'terjatuh' ... gagal.. 
luckily.. kita ada orang2 di sekeliling yang sudi membantu kita apabila gagal..
sprt keluarga.. kawan2.. kenalan .. dll.
disitu la.. kita belajar penting nya hubungan antara kita dengan org sekeliling kita..
mana mampu untuk kita hidup berseorangan di dunia ni..
saling membantu.. tidak kira senang atau susah.. 
we need each other right??

dan lagi sekali.. ujian mendatang.. kita tak mahu terus gagal....
kita usaha lagi...lagi.. dan lagi..
dan kemudian.. kita jatuh lagi..
mungkin kali ni.. tiada yang mampu membantu kita..
tak semua orang dapat membantu kita setiap kali kita jatuh..
tetapi.. jangan lupa.. Allah sentiasa ada di samping kita..
Dia tidak pernah tinggalkan kita.. =)
maka.. belajarlah dri kesilapan dahulu..  mcm mana untuk atasi ujian itu..
dan kali ini.. dengan usaha sendiri.., dengan izin dan bantuan-Nya kita cuba lepasi ujian itu..
dan akhirnya.. insyaAllah kita berjaya!!

seperti kisah baby panda tadi bukan??
=)

jom fikirkan.. baby panda pun boleh buat,.. kita ? mcm mana pulak??

p/s: lot of loves.. and hugs for panda! 

Sunday, January 15, 2012

the pious student


the pious student...


p/s : let us try to become one.. =) 

tak kesampaian..




selalu memikirkan tentang masa depan..
tentang pilihan yang akan datang..
keliru akan keputusan yang akan diambil...
keliru untuk memilih di antara dua jalan yang mungkin terbentang...
harus fikirkan  tentang diri.. hati.. dan sekeliling...
yang mana satu harus diutamakan..
walaupun , masih jauh dihadapan..
akal sudah mula meikirkan.. 
hidup selalu diberi antara dua pilihan..
yang mana satu pilihan yang paling tepat?

mungkin kerana itu semua masa depan..
maka tidak pernah akan jumpa kesudahan jika difikirkan sekarang..
mungkin..
hanya perlu menanti episod yang akan datang..
dan barulah nanti ... tibanya masa untuk berfikir..
dan memilih.

kadang hati mahu memilih..
tetapi jalan itu berduri..
kadang hati tidak yakin..
adakah itu yang dimahukan
kadang hati keliru dengan yang sekeliling..
hati ini.. atau hati itu yang perlu didahulukan..
kadang hati tidak memahami hati sendiri..
hanya Dia yang Maha Memahami akan hati.
kadang hati terpaksa membiarkan..
walaupun berat untuk melepaskan..

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba2-Nya” [ al-Baqarah; 207]


habis tu sekarang??
tidak perlu fikirkan tentang masa hadapan kah?
hanya biarkan sahaja..?

sekarang..
fikirkan yang terbaik untuk sekarang..
masa ini..
usaha yang terbaik untuk sekarang..
berdoa yang terbaik untuk sekarang dan juga akan datang..

“Prayer is the best armor against all trials”


berdoa..
biarlah masa yang menetukan ..
kerana Allah telah tetapkan yang terbaik untuk setiap masa ,sepanjang hayat ini...
yakin pada-Nya..
semua adalah yang terbaik..
buat semua,
insyaAllah.

"mungkin kerana masa itu masa hadapan
dan tiada siapa yang tahu tentang masa itu
jadi , tidak akan pernah temui kesudahan jikalau difikirkan sekarang..
hanya tunggu tibanya waktu itu
dan ketika itu, kita fikirkan..
kita cuba membuat keputusan yg paling baik.
dan insyaAllah, akan temui jalan penyelesaian
yakinlah, kita hamba Allah , dan Allah tak akan mengecewakan kita..."



"Engkau penjaga hatiku
Engkau pendamping jiwaku
Kau terangi aku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi untuk Mu"


p/s: hati yang ikhlas adalah  hati yang redha dengan lukisan takdir yang Allah ciptakan untuk dirinya.
hati itu akan tenang....

“dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna” [ al-Furqan 2]


Dirinya.. hatinya.. hidupnya.. matinya.. hanya kerana Allah..
dia rela.. dengan semuanya.. asalkan.. tidak kehilangan Allah..






Saturday, January 14, 2012

listen to this.. not with your ears, but with your heart..


......
: (  + :' )

touched, this  4 mins and 8 secs  video can  make me cry ..
feels like want to give Ava a present too..
she has a great mom.. nice and kind.. =)

p/s : I can hear something in my heart..
what about you?
does your heart 'heard' something  ??
do you feel it too??

rindunya Rasulullah pada kita, dan kita??



Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :
“Siapakah yang paling hebat imannya?” tanya Rasulullah. ”Malaikat,” jawab sahabat. “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.””Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.””Mungkin kami,” celah seorang sahabat.”Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. “Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. “Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. “Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku,” suara Rasulullah bernada rendah. “Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


p/s : Rindunya Rasulullah pada kita… Rindunya Rasulullah pada kita. Dan kita?

Friday, January 13, 2012

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

suka sangat artikel ni..

erk'... tetibe terasa langkah untuk mencintai tu tidak sempurna kalau belum mengenali..
orang kata,
"tak kenal maka tak cinta"
jadi.. nak start balik lah..
dari mula-mulaaaaa.... sekali..
nak kenal Dia dlu betul2.. sampai nanti baru la tercapai aim utama tu.. untuk mencintai Dia .. =)
yosh!!

I want to know YOU more...more.. and more!! till I can't get away from YOU even for a second..
till I'm attached to you! completely.. with my heart n my soul..
may I??
;)

p/s:kalau nak yang terbaik.. kena lah jadi yang terbaik jugak..!!
=)

starting.... bismillah...
~~~~



KILLER SUBJECT!!

"terbukti .. subject itu.. adalah KILLER SUBJECT !!!!!"

alhamdulillah....
syukur atas kurniaan Allah, walaupun pada mulanya tak expect untuk lepas.. lepas jgk akhirnya..
dengan bantuan dan nikmat Allah..
lepas jgk kali ni..
syukur2..

tapi..pencapaian sekarang mcm makin down je..
tak boleh jadi ni..
walaupun agak sedih.. tpi.. tak boleh2...
orang lain boleh.. kenpa diri sendiri tak boleh pulak??
so..
kena up balik..
yup2.. kena up balik!!
maintain balik yang dlu..
insyaAllah..

terbukti.. subject tu.. adalah killer subject!!
I won't give up.. I won't.
now I call it as the killer subject..
and I will fight..
insyaAllah .
YOSH~!!!




p/s: syukur ya Allah.. ya Allah.. make ease to our way..
please.. help me...

Thursday, January 12, 2012

masa... selepas masa..




cepatnya masa berlalu... tak sedar pun..
sekarang ni, bila fikir2 balik apa yang dah pernah terjadi dalam hidup..
setakat usia ni..
macam tak percaya ..
banyak benda yang dah dilalui..
ramai manusia yang dah ditemui..
macam2 ragam yang ada dekat dunia ni..
perangai orang sekeliling.. perangai diri sendiri..

masalah yang pernah dihadapi.. yang suatu dulu rasa seperti tak mampu untuk diatasi..
tapi bila dah 'terlepas' dan selesai dari masalah tu.. tak sedar pun.. macam mana dlu kita boleh  handle..
bukan ke dlu , waktu masalah tu datang.. rasa sangat beban.. tak mampu.. dan hampir give up ..
itulah... kadang pertolongan yang datang dari Allah tu banyak sangat..tak terkira..
tapi malang..
kita tak sedar..

hidup seperti roda..
ada naik , ada turun..
bila kita ada di atas, mata kita 'terbuka' luas dengan dunia semata-mata... tapi sayang..hati tertutup dari melihat apa yang ada di sebalik dunia..
tapi bila ada di bawah, mata kita 'tertutup' dari lihat jalan2 yang ada.. tapi yang hebatnya..waktu tu la hati kita mula la terbuka dengan apa sebenarnya yg dah berlaku..
mula belajar erti hidup..
menerima hikmah2 kehidupan..

hidup di dunia.. hanyalah seketika..
berapa lama lagi masa yang kita ada untuk terus tinggal di sini??
no one knows
sudah bersediakah kita dengan kehidupan seterusnya di sana??
.......

kita semua sedang berjalan menuju ke satu destinasi akhir yang sama..
tapi.. nasib kita di destinasi tu yang tak sama...
apa yang bakal kita tempuh sepanjang perjalanan ini mungkin berbeza..
tapi matlamatnya sama bukan..?
bagaimana penamatnya hidup kita ini?
....
dan dimanakah tempat akhir kita nanti?
......
what is your choice?
....
have you work for it?
..............

~ ~ ~ ~ ~
gunalah masa yang kita ada dengan sebaik2 nya..
untuk menjadi bekalan kita di sini dan nanti ..di sana...

p/s: wondering about life..

Monday, January 9, 2012

ku-chewa



Oh Tuhan,
Jika perkara itu berlaku..
dan berlaku lagi..
bantulah aku untuk terus tabah..
kuatkan hati ini..
hilangkan rasa kecewa dan sedih..
hanya Engkau yang tahu kata-kata hati ini..




pada-Mu ku meminta..
ku pohon agung kudrat-Mu
wahai Tuhan yang satu...






p/s: kini cinta-Mu ku dambakan.. 
teguhkan lah langkah mujahadah ini.. permudahkan lah... 

Sunday, January 8, 2012

sebuah pertemuan



Bila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upayamu
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan
Allah telah mengira titisan air matamu
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah setia di sisimu
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan
Allah ada jalan penyelesaiannya
Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa
Allah adalah jawapannya...

Ketahuilah sehabatku yang dikasihi...
“Tuhan tak kan selamanya menguji insan”
Ujian dan dugaan itu adalah untuk menguji keimanan
Menentukan darjat ketaqwaanmu...
p/s : syukur segala puji buatmu Tuhan..  terima kasih untuk sebuah pertemuan  =)

Iwillchoosemyownway

even if it is so..
I won't give up..
if this time is real.
But now... 
I'll choose my own way..
because of Allah..
and  the best for all.


do it in my own...
never stop praying..
tawakkal is what I should grab on.
and waiting.. with patience..
never lose hope to Him..
faithfully..


p/s :InsyaAllah ~ 

Friday, January 6, 2012

cinta seorang sahabat..

Kisah seorang sahabat , 


Utsman bin Mazh'un r.a


Ia menceritakan dirinya, "Aku lihat para sahabat disiksa di Mekah. Setiap kali sahabat dianiaya, aku mendapatkannya selangkah semakin dekat pada Allah s.w.t , semakin mencintai-Nya, sedang aku tidak ada seorang pun yang memukulku kerana aku dalam lindungan Al-Walid bin Mughirah .Lalu berkata , 


"Mengapa mereka mendapat pahala supaya melangkah lebih banyak mendekat pada Allah s.w.t , sedang aku tidak?"

Aku pun pergi kepada Al- Walid , lalu berkata, 
"Wahai Walid, aku kembalikan padamu perlindunganmu"
Ia bertanya, 
"Apa engkau mendapatkan perlindungan yang lebih baik dariku?"
Aku menjawab,
"Ya"
dan ia bertanya,
"siapakah itu"
Aku menjawab,
"perlindungan Allah s.w.t"


Setelah mengembalikan perlindungan Al-Walid , Utsman mendatangi kerumunan Quraish yang sedang melantunkan syair. Ketika Labid, penyair Arab saat itu, sedang melantunkan syair :


"bukankah segala sesuatu selain Allah itu bathil..?"

Kebiasaan orang Arab tidak mau memotong memotong pembacaan syair, tetapi Utsman ingin membuat masalah dengan mereka, maka ia memotong syair itu. Ia berkata , "kau benar".


Labid tidak menanggapi itu, dan meneruskan melantunkan syair:


"Dan segala sesuatu  pasti hilang binasa."


Utsman menukas , "kau bohong , kehilangan syurga tidak akan habis."


Labid pun berkata ,  "wahai orang kapankah penyair-penyair kalian dihina?"
Mereka menjawab , "biarkan dia, wahai Labid ia dalam lindungan Al-Walid bin Mughirah."
Utsman bin Maszh'un berkata, "tidak, aku telah mengembalikan perlindungan milikku."


Mereka  serentak memukulnya, sampai matanya mengalirkan darah, lalu datanglah Al-Walid dari kejauhan sambil tertawa. Ia berkata , " wahai anakku , kau dulu dalam lindungan yang kuat. "


Utsman menjawab, 
"Tidak, Demi Allah , lindungan Allah lebih kuat. Dan kedua mataku yang sihat sudah rindu menerima seperti apa yang diterima saudaranya di jalan-Nya"


Rasulullah pun datang, lalu meletakkan tangan beliau yang mulia di kedua mata Utsman Bin Mazh'un hingga sembuh . [ HR Al-Hakim Abu Na'im dan al-Baihaqi]


.......................................................................................


"tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah. " [ Al-Baqarah ; 107 ] 


"barang siapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah , dan berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhan nya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."                   [ Al-Baqarah; 112]


p/s : cerita dipetik dari buku : Hati Sebening Mata Air , Amru Khalid 





Wednesday, January 4, 2012

rindukan pantai...





rindukan pantai...
biru nya langit dan laut  hampir sama tapi tetap berbeza...
mimpikan, berdiri menghadap ke laut..
merasa pasir yang halus lembut dihujung kaki.. 
merenung ke langit ...
merasa lembut nya angin yang membelai...
pejamkan mata..
hanya mendengar hempasan ombak ke pantai.. 
tak pernah-pernah berhenti...
tanda rindu nya ombak terhadap pantai tidak akan pernah lenyap...
segar... nafas yang dihirup perlahan terasa nyaman...
hilang segala resah di hati...
tanpa sebarang masalah ...
tenang..
menghela nafas dengan perlahan.. bersama senyuman..
bila mata terbuka,
lega!
semua keindah tadi masih berada di depan mata..
sekelumit perasaan bahagia menyelinap...
alangkah indahnya suasana itu..
mengharapkan waktu berhenti berputar di saat itu..
mahu terus merasa ketenangan itu..
berat kaki untuk melangkah pergi meninggalkan tempat itu..
cantik!!
ingin terus berada di situ.. 
di pantai...
keseorangan.. kedamaian.. ketenangan.. 


rindukan pantai....
amat rindukan pantai..



p/s : Gambar : photographer : adik
                            orang dalam gambar tu: abah
                           lokasi : Pulau Pinang, *tak pasti nama pantai T_T
 *dreaming  of standing beside my daddy in that picture.. I MISS YOU abah..!!



Tuesday, January 3, 2012

stress study.. T_T

tengah2 stress study...
arghhh.. tension!!! 


...tetiba seorg sahabat tegur.. 


"akak.. stresss la study!! tension sngt2.. mcm mane ni? :(
berkali2 study tak faham2 jugak..."


fikir2 balik.. bukan kite seorang je yang stress study.. ramai lagi rasa 'susahnya study !'
bukan kite je yg dalam kesusahan.. ramai lagi ade msalh yg sama.. 
malah mungkin ada yang lebih berat lagi berbanding kite...
jalan perjuangan tiada yang mudah.. sebab itu balasannya indah.


astagfirullahalazim.. 
*berkata pada diri*
sudah2 la tu mengeluh...  no point utk mengeluh.. kalau diri sendiri tak berusaha..
kenapa nak mengalah sebelum cuba?
tak perlu fikir kan result die sebelum buat.. usaha dlu yg penting!!
yup.. 'stress itu normal dlm study'.. tpi jngn laa berlebihan..
tak mengapa kalau kita kurang yakin pada diri sendiri.. tapi  yakin yang Allah akan tolong kita lebih penting.
yakin pada Allah..
Allah kan ada.. 
Maha Kaya.. Dia penentu utk segalanya kan..??
yang penting.. usaha.. doa..tawakkal dan yakin pada-Nya..
apa2 pun.. insyaAllah,  He will give the best for you no matter what!


okeyh.. sambung study.. jom!! 
kite cuba la.. selagi mana mampu.. selagi mana ada masa..  =)
"menimba ilmu kerana Allah.. bukan sebab exams or tests only"
ubah persepsi...yosh2!!








p/s : " Allah will make a way when there seems to be no way.. strive to the fullest" ..