Baru-baru ini , sy pergi ke satu daurah , bertjuk : Jalan Dakwah.
Pergi bersama dengan akak2 usrah dan kawan2 yang lain...
Pergi dengan hasrat untuk menambah ilmu untuk diri ini yang masih lagi cetek pengetahuannya tentang agama dan juga ingin mencari ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini yang semakin mencabar.
Dan, semasa daurah tu, sy mendapat satu surat dari seorang akak ni, tpi malangnya tak tahu nama sebenar kakak yg menulis surat tu..
* huhu.. die main secret2 pulak..
tapi ayat2 yg akak ni tulis .. amat menyentuh hati ini dan.. sangat bermakna.
terima kasih akak..
sy ingin berkongsi kandungan surat tu dengan anda di sini,
semoga dapat dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan di dunia ini..
"kepada manusia yang datang dari sebaik-baik umat yang diciptakan untuk manusia yang lain....
salam ukhtiku fillah,
pewaris risalah Nabi,
penerus dakwh dan fikrah ini..
biar aku mati sekalipun , kau ku percaya akan menjadi orang yang terbaik yang memegang panji Islam, kerana kau punya segala potensi dan kualiti untuk kebangkitan Islam ini.
Sungguh, aku lebih menyayangi ukhtiku ini yang berjuang dan berjihad di jalan ini, daripada adik kandungku yang belum faham erti dakwah tarbiyah ini ( aku masih punya banyak kerja lagi untuk keluargaku..)
Mungkin aku kurang berjumpa dan mengenali kau, kau pun jauh dari aku, tapi dekat di hati ini sebenarnya.. :p
Aku ada beberapa pesanan untuk diriku dan dirimu..
jagalah hatimu dari dosa, hatiku juga
mujahadahlah untuk bangun malam, bercinta dengan Tuhan kita
memandang kawan-kawan kita, adik-adik kita dan kakak-kakak kita, keluarga , malah siapa sahaja yang kita temui, sekejap ataupun lama dengan pandangan sakinah, pandangan kasih sayang yang mahu menyelamatkan diri kita semua dari dibaham api neraka nanti. Nasihatilah mereka, dekatilah mereka dan bantulah mereka kembali kepada Pencipta kita yang agung.
hari ini... (lost word ...huhu)
looking forward to see u my ukhti..(love)"
~ ~ ~ ~
diriku tahu,
masih banyak yang belum ku tahu tentang agamaku ini..
aku masih lagi mentah dalam hal ini
aku masih belum cukup sempurna dalam tarbiyah ini
iman ku.. masih lagi belum teguh.. dan lemah
dan adakalanya ujian yang mendatang membuatkan aku kehilangan keyakinan dan semangat..
namun..
aku tetap ingin mencari,
makna hidup yang sebenar dari Ilahi,
selagi nafas belum berakhir.. aku ingin terus mendekati ..
tanpa mengira, betapa kurangnya diri berbanding yang lain..
mungkin jalan ku tidak serupa dengan mereka..
biarlah.. asalkan nanti dapat ku sampai ke destinasi cinta yang diidamkan..
destinasi abadi yang indah lagi harum berbau kemenangan..
syurga..
p/s : ya Allah..
I want to be a better muslim..
maybe I can't be the best..
but.. a better... better.. better muslim..
till YOU love me.. and accept me to be with YOU ..
help me..
help me..
and help me.. please..
let me be..
kuatkan iman ku... teguhkan keyakinan ku kepada-Mu..