Belajar mengenali-Mu di sepanjang hidup ku , tak akan aku berhenti..
Walau sukar jalan itu sekalipun, biar hingga akhir nanti ku ketemu..
Semakin ingin mengenali-Mu, semakin Kau mendekatiku..
Walau tak pernah bertemu di hayat ini,
rasa rindu untuk bertemu dengan-Mu di sana tak akan pernah padam..
yang paling ku idamkan,
bersua dengan-Mu di tempat terindah sana
dengan berhiaskan senyuman, berselebungkan kesenangan, wajah penuh keceriaan..
yang melahirkan sejuta penghargaan dan sedalam-dalam kecintaan
Aku suka pada-Mu..
Aku sayang pada-Mu..
Pada-Mu ku mohon, maafkan kesalahan ku di sini..
Pada-Mu ku pinta, jangan Engkau tinggalkan ku, jangan Engkau berpaling dari ku
Bantu aku.. untuk menjadi yang terbaik untuk –Mu
Kerana aku sayang pada-Mu
Kerana aku tak sanggup kehilangan-Mu
Bantu ku.. untuk mencintai-Mu sepenuh hatiku , ya Allah...
p/s :ya Allah.. izinkan aku bersama dengan-Mu di syurga-Mu kelak..



me gusta
ReplyDeletemuchas gracias
ReplyDelete