Wednesday, February 29, 2012

rindu tempat itu

"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"





ya Allah..
benar, persinggahan dunia ini sungguh mencabar buat diriku..
buat hamba kerdil ini ..
walaupun berjalan berbekalkan iman yang masih tipis
aku tidak mahu putus asa mencari yang teguh..

ya Allah,
dikala kaki yang melangkah tersungkur..
di kala aku rebah di hadapan Mu..

di kala aku mengakui lemahnya seorang insan
tatkala aku sujud pada Mu
air mata mengalir memohon bantuan Mu
menginginkan petunjuk dari Mu
mengharapkan huluran tangan-Mu memangku diri untuk kembali bangun dan terus melangkah..



ya Allah
di kala nafas terasa sesak..
di kala diri keliru dengan sekeliling dunia
aku ingin sekali bertemu dengan Engkau
sungguh aku rindu untuk menghadap Mu di rumah-rumah Mu
aku rindu untuk merasakan kedamaian di masjid yang dihiasi dengan kecantikan Mu



*Damascus, Syria.

benar..aku rindu untuk sujud pada-Mu di dalam masjid...
aku rindu masjid Mu..
aku rindu ketenangan rumah - Mu
aku rindukan keikhlasan rumah  itu..
aku rindu  udara suasana itu..
aku rindukan lantai yang bersih lagi suci..
sejuk dan mendinginkan hati yang selalu resah..
aku rindu..




*subhanallah

p/s: hati rindu tempat itu.. masjid.



No comments:

Post a Comment