....
Tuhan ku
dalam mendekati- Mu..
Semakin susah perjalanan ini yang kurasakan..
Ada kalanya aku mengeluh..
Namun, Engkau pasti akan hadir membantu aku untuk terus melangkah...
Kerana itu, aku yakin.. Engkau pasti ada cara untuk membantu..
Ya Allah..
Aku sedar, aku bukanlah hamba-Mu yang terbaik..
Sudah banyak ku kecewakan – Mu..
Namun aku masih ingin meminta pada- Mu..
Malu mana pun diri ini..
Aku ingin pohon pada –Mu
Ya Allah..
Engkau pertemukan aku dengan –Mu melalui dia..
Engkau wujudkan rasa cinta pada-Mu dengan perkenalan aku dan dia..
Engkau wujudkan rasa cinta pada-Mu dengan perkenalan aku dan dia..
Banyak yang telah Engkau ajari aku melalui dia..
Dan hanya Engkau sahaja yang tahu tentang kata hati ku ini untuk dia..
Sesungguhnya aku tahu, Engkau menyayangi dia...
Sedalam mana pun rasaku ini.. aku amat terbatas untuk memberi..
Kerana aku hanyalah manusia biasa..
Kerana hanya Engkau sahaja yang mampu memberi .
Engkau Maha Mengasihi..
Aku tidak mampu meminta lebih untuk diri ini
Tetapi aku pohon ya Allah..
Untuk orang yang aku sayangi..
Berikanlah..penawar untuk hatinya..
Kuatkan hatinya..
Sembuhkan lukanya..
Ubatilah dia..
Berikan ketenangan kepadanya..
Benarkan hatinya sentiasa terpaut pada-Mu..
Kuatkan langkah mujahadahnya di jalan-Mu..
Tolong pelihara dia dengan sebaik-baiknya.
p/s : Semoga Engkau berikan yang terbaik buat kami ,
hamba-hamba yang mendambakan rahmat -Mu
bantu kami redha dengan ketetapan mu..
tabahkan langkah kami
dan izinkan kami berkumpul di syurga-Mu kelak..
“mujahadah kami demi Cinta Teragung”
*sy suka gambar di atas, minta izin untuk menggunakannya.. terima kasih.

No comments:
Post a Comment