Friday, June 29, 2012

power of du'a

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


THE POWER OF DU'A


Du'a and the seeking of protection from Allah are like weapons, but the sharpness of a weapon  is not sufficient for it to cause effect, for the person that handles it also plays a role. So whenever the weapon is a perfect one , having no flaw in it, and the forearm is strong, and there is no preventing factors, then it will cause an effect on the enemy...

Ibn Qayyim al -Jauziyyah

~ ~ ~ ~ ~

*a little bit story about me..

Dalam bulan 6 ni saje, dah 3 kali dah sy pergi airport, teman dan hantar kawan-kawan sy balik ke Malaysia.
almaklumlah musim cuti sekarang ni...ramai dah yang balik, seronok jugak tengok diorang balik..
tpi still ramai jugak lagi kawan2 yang masih belum berkesempatan utk balik,
still ade exams yang nak kena habiskan.

hurm.. agak2 ape laaa kata mak cik emirates tu eh... asyik2 tengok muka saya je kat airport , tarik2 beg.. haha~

"eh budak ni.. minggu lepas dah datang dah... ingtkan dah fly dah.. ade lagi die.. bile pulak die nak balik?"

haha.. entah la mak cik.. sy pun enggak tahu sih... ( T_T ) 

hurmmmm..
mak pun dah tnye2...
huhu.. ade rezeki insyaAllah, balik la kite mak.

~ ~ ~ ~ ~

p/s : still holding on... 

Sunday, June 24, 2012

harapan baru

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
".......Mohammed Morsi telah sah ditabalkan sebagai Presiden Mesir yang baru...."



Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

meneruskan kini perjuangan  dengan langkah yang baru...
berbekalkan semangat baru,
bertujuankan matlamat nan satu,
bersama harapan yang membara,
menegakkan kalimah Allah,
bersenjatakan doa dan barisan yang rapi,
pertolongan-Nya senantiasa di sisi..

subhanallah..walhamdulillah..walailahaillallah..wallahuakbar!

perubahan baru
agar kejayaan membalas segala pengorbanan.

bersama teguhkan barisan satukan haluan,
kumpulkan kekuatan sehingga menempa kejayaan
biar sehingga akhirnya lemah dan runtuhnya barisan lawan
selagi belum  kebenaran ternyata diangkat
selagi belum kemenangan terletak di tangan
selagi Islam belum dimartabatkan
selagi itu barisan ini akan tetap berjuang..

kerana itu sunnatullahnya
kerana itu ketetapan-Nya
kerana Allah.


Allahuakbar.


" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-jalanNya dalam barisan yang teratur , mereka seakan-akan seperti sesuatu bangunan yang tersusun kukuh"
[As-Saff ; 4] 


"dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai  iaitu pertolongan  dari Allah  dan kemenangan yang dekat  waktunya. Dan sampaikanlah  berita gembira  kepada  orang-orang mukmin."
[ As-Saff;13]

~ ~ ~ ~ ~ ~

p/s : new changes, new hope ! 

Saturday, June 23, 2012

Yasin

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"




mendengar bacaan ayat2 suci Al-Quran sungguh menenangkan..
*seriously..*

teringat...
pernah sekali tu, sehari sebelum exam.. stress ya amat! huhu... ~
dengar lagu sambil membaca dengan harapan dapat menenangkan hati yang tidak tenteram waktu tu .
mcam2 dah lagu dengar, tpi still tak membantu. 
at last, saya tukar, cuba dengar surah yasin ni.. sy pasang.. sambil study,
entah berapa kali berulang-ulang sy pun tak terkira.. tapi kesannya alhamdulillah hilang rasa tension tu.. terlupa seketika tentang exam.. kesannya ,  dapat study dengan tenang.
hurm.. ajaib kan ayat2 Al-Quran. 
sangat indah.

sungguh pada ayat-ayat suci Allah ada penawarnya! insyaAllah.

p/s: seronok dengar orang baca al-Quran dengan alunan lagu nya tersendiri. 


don't be selfish.

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


" everything belongs to HIM
we own nothing
but we have HIM
so, do the BEST for HIM.
HE is the Master
and we are the SERVANTS"


~ ~ ~ ~ ~

*sebelum apa2, saya tahu saya bukan la orang yang arif dan yang layak utk bercakap pasal ni.. masih banyak lagi kena belajar.. masih jauh ketinggalan.. oleh itu, mohon maaf dipinta terlebih dahulu.

~ ~ ~ ~ ~

kadang2 rasa mcm tak tahu mcm mana nk meyakinkan orang2 ( + diri sendiri ) yang bahawa hidup ni bukan sekadar untuk diri sendiri.

DON'T BE SELFISH.!

kedekut dengan orang2 lain takpe la lagi.. tapi jangan la kedekut dengan TUHAN.
mcm statement atas tadi, kita tak punya apa2 pun.. even diri kite sendiri ini pun pinjaman dari TUHAN.
fizikal kita.. semua yang kita ada sekarang ni.. bukan kita punya pun.
kenapa rasa berat nk buat something tu bila kita tahu yang tu adalah yang sebetulnya, yang septutnya kena buat... dan demi Allah.

hidup ni bukan sekadar hanya untuk memperbaiki diri kita..   YES itu mesti! yup.. utk kehidupan akhirat yang lebih baik. Kejayaan yang kita idam2kan  kelak.

tapi, harus ingat..di muka bumi ni ada hak-hak ALLAH yang kena jaga.. 
sebagai hamba.. we have to serve HIM the best, kan?
kita bercakap tentang hak diri kita sendiri,, tapi..
mcm mana kalau hak2 ALLAH pun masih belum diangkat, masih belum dijaga.

dan kalau bukan kita.. siapa lagi yang perlu buat semua tu ??
tiada terkecuali jikalau kamu seorang muslim. kan??
mengharapkan yang orang lain untuk bekerja..mungkin boleh.. tapi itu untuk bahagian dia.. mana  pulak bahagian diri kita sendiri?

kalau bercakap masih belum bersedia.. bila lagi??
we never know when our lives going to end... right??

cuba la tengok sekeliling.. mungkin tak perlu tengok jauh2.. tengok je yang dekat, negara sendiri 
agak2 kamu.. ada apa2 masalah tak yang  sedang berlaku dalam negara kamu sendiri sekarang ni??
kalau ada.. apa yang kamu buat untuk selesaikan masalah tu?
susahlah kalau nak memperbetulkan tempat yang jauh tapi tempat kita sendiri pun tak mampu diperbetulkan lagi.. 
orang kata.. kita mulakan dengan yang dekat dengan  sekeliling kita dahulu kan..?

bercakap sahaja tak cukup mungkin...
mempunyai perasaan belas kasihan or marah or tak puas hati sahaja tak ckup barangkali..
where is the act??

haih... entahla..
marilah kita fikirkan  sama2..

world is a serious matter.
it's not just about you.. it's about ummah.
it's about our religion.
it's about what's belong to Allah.
we have to do it right.


* saya menulis bukanlah nak tujukan dekat particular mana2 pihak or siapa2 specific.. tapi LEBIH untuk menyedarkan diri sendiri jugak. (T_T) diri sendiri yang sangat2 lah lemah.. dan sangat2 alpa.. yang selalu lalai dengan tanggungjawab sebenar dekat muka bumi ni. Ilmu pengetahuan saya masih lagi sangat cetek.. mohon tunjuk ajar jikalau ada kesilapan di sini.

p/s: wahai diri.. janganlah kamu terlalu mementingkan diri sendiri sahaja.
ingat tu... tau??! 








Wednesday, June 20, 2012

support

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


sometimes ,
life can be so tough.. really hard.

but,
no matter what,
He will be there for us,
in the end,
He has the way..
He never leave us alone

so,
be strong,
be patient,
don't give up.

~ ~ ~ ~ ~

I am just a person out of millions, but if it's real, I won't give up, till the end.


~ ~ ~ ~ ~




"wahai orang-orang yang beriman ! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad;7]

"yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka"
[Muhammad;11]


~ ~ ~ ~ ~ 

p/s: we have to support each other.. and we will. 
insyaAllah.

Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


27 Rejab 1433 H , Ahad , 17 Jun 2012
sedikit info mengenai Israk dan Mikraj .
*but  actually yg sy dapat ni more to mikraj sahaja 
selamat membaca ! 

ISRAK MIKRAJ

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
_____________________________________________________
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
_____________________________________________________
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
_____________________________________________________
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
_____________________________________________________
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
_____________________________________________________
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
_____________________________________________________
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
_____________________________________________________
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
_____________________________________________________
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
_____________________________________________________
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
_____________________________________________________
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
_____________________________________________________
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
_____________________________________________________
Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)



~ ~ ~ ~ ~ 
hari ni pun tarikh yang sama berlaku , subhanallah! 


p/s : dari dlu lagi.. teringin sangat nak dengar orang cerita tentang Israk Mikraj ... the whole complete story ! 
 bestnye... 

moga dapat mengambil ibrah dari cerita ini. 
wallahualam.

Friday, June 15, 2012

rasa hati


"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Hati itu dalam diam..
Dia merindukan saat dimana dia terikat..
Terikat pada keindahaan rasa hati
Rasa  yang selalu menenangkan hati ..
Rasa yang memberikan kekuatan..
Terikat pada Pencipta sebenar rasa itu..

Hati itu dalam diam...
Berusaha mendekati..
Walau di luar dipenuhi tompokkan kasar
Yang mungkin mencemari mata zahir yang melihat
Tapi di dalam,  hati nya masih menginginkan rasa itu kembali
Ke mana perginya rasa yang dahulu menyelimuti seluruh hati itu luar dan dalam..?

Rasa yang selalu memberi keyakinan kepadanya
Rasa yang benar...
Dalam diam hati itu mengharap..
Walau selalu kecundang dan alpa dengan permainan dunia
Tapi akhirnya pasti... pasti hati itu akan kembali mencari ..
Rasa yang sebenarnya ada dalam diri setiap insan..
Sedar atau tidak..

Dia tidak mahu melarikan diri lagi..
Dia tidak mahu lagi menjauhi..
Tetapi perjuangan di pentas ini kadang amat menguji..
Ya Rabb..
Dia tidak mahu lagi tersasar..
Dia tidak mahu kerugian..
Dia tidak mahu kehilangan rasa itu..
Hati itu tetap mencari... 
masih mencari  

Dan apabila  sekali lagi hati itu menjumpai rasa itu..
Kekalkanlah ia..
Agar dia tidak kembali menjauh..
Dan agar ia tidak luput..
Selagi hati itu masih bernyawa..
Sehinggalah hati itu berjumpa dengan Pemilik  yang sebenar..
Nanti.

Ya Allah..
Engkaulah pemilik sebenar hati itu
Pemegang hati sebenar
Engkau lah juga pencipta sebenar rasa itu..
Tetapkanlah rasa itu di dalam hati 
Jangan biarkan rasa itu hilang..
Rasa itu..
Adalah rasa cinta untuk-Mu.


p/s: Ya Rabb.. jngn biarkan hati itu kehilangan cinta-Mu

Friday, June 8, 2012

try to breathe

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


sesak nafas...
serabut kepala jugak...
banyak pulak benda yang hendak difikirkan.

kadang rasa bersalah nak menulis, sebabnye takut ape yang ditulis ni berunsur keluhan semata2..
sedangkan tidak baik  untuk mengeluh..
T_T

*semua orang ada kesusahan yang dia alami sendiri, masing-masing.

mood sekarang : RINDU

RINDU..
rindu macam2 benda..
banyak sangat..
sesak betul dada rasanya menahan...
ya Allah.

benarlah , bersyukurlah dengan apa yang kita ada/lalui sekarang dan apa yang pernah kita ada/lalui dahulu.... kerana mungkin kita tak akan berpeluang atau susah untuk memiliki atau merasakannya lagi.

bersyukurlah... belajar untuk bersyukur..
hargailah masa senang kita dahulu..
janganlah termasuk dalam golongan yang rugi.

I -miss- them- all
p/s : try to breathe... breathe.. and breathe again!



Wednesday, June 6, 2012

cuak

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


....
tak tahu nak tulis ape...
tangan bergetar, sejuk..
hati berdebar..
*kenapa takut sangat ni??
cuak dengan exam..
cuak dengan macam2..
betul kah langkah yang diambil??

it is so hard.....

tenanglah wahai hati..
mana pergi tawakkal mu??

ya Allah...
Engkau sahaja tempat kami bergantung dan memohon.
permudahkanlah ya Allah...

~ ~ ~ ~ ~



~ ~ ~ ~ ~

luar lagak tenang.. dalam hanya Tuhan sahaja yang tahu.
p/s: perasaan sekarang = takut .

Monday, June 4, 2012

Rabbi Salim Na

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



pernah tak dengar nasyid ni??
saya dah laaaamaa tak dengar, baru terjumpa balik.
lagi best kalau dapat tahu meaning each word in the lyrics.

~ ~ ~ ~ ~

ya Rabb..
setiap saat, kami dihadapkan dengan pilihan-pilhan yang harus dibuat,
pimpinlah kami dalam memilih jalan yang terbaik agar kami dekat dengan redha-Mu dan rahmat-Mu
jangan biarkan kami terpesong..
kurniakanlah petunjuk bagi jalan yang terbaik buat kami , di sisi-Mu.
dan permudahkanlah urusan kami.
dan berkatilah ia kepada kami.

p/s: kasi semangat sikit laa dengar lagu ni.. ok tak ??


Saturday, June 2, 2012

HE wants you to watch this!

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


saya  baru dapat satu video..
and I'm touched !


terima kasih akak.!

~ ~ ~ ~ ~

kadang2 aku hampir terlupa untuk meletakkan rasa cinta yang sepatutnya kepada Dia..
sedangkan.. 
Dia sentiasa menanti ku..
Dia sentiasa menyayangi ku..
Dia sentiasa mencintai ku..

p/s: Allah wants me to tell you that HE wants you to watch this!
Allah  <3  you
=)

akak.

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


saya amat kagum dengan seorang akak ni.
saya gembira bila jumpa die.. bile dengar die berckap.. hati saya jadi tenang.
saya suka melihat gaya dia.. saya suka menilai cara die takcle problem or ape sahaja yang berlaku dalam hidup ni.
ayat die antara yang saya ingat dan akan terus ingat..

" no matter what happens, it's not the end of the world yet"


=)

sebesar mana pun masalah yang dihadapi, die akan cube kecilkan msalah tu.. anggap mslah itu kecil sahaja.. seolah2 boleh selesaikan masalah tu dengan sekelip mata aje.

hebat kan die?
hebat kan pergantungan die dan keyakinan die pada Tuhan.
hebat nye tawakkal die..
subhannallah..

saya selalu share problem  dengn die sejak akhir2 ni .. pasal life.. n macam2 jgk. bergurau pun selalu.
kitorang selalu main cucuk2.. =)
die memang pandai bergurau, pandai jugak mengacau! hehe.. bertuah sungguh siapa yang menjadi suaminya.
*moga terus kekal bahagia buat akak dan sekeluarga hingga ke syurga*.


die pernah cakap dekat sy, setiap orang ade struggle dalam hidup die.
setiap orang ade ujian die tersendiri, even die pun ade.
die tetap terus berjuang dengan struggle die sendiri.
masa sy dalam masalah die xpernah lari dari tolong sy walaupun mungkin ketika itu die sendiri ada masalah.
she is very helpful, she is very caring.. she is very kind.
die selalu cakap..

" akak cuba sedaya upaya untuk menolong tetapi sebenarnye semua pertolongan itu datang dari Allah.
ketenangan itu.. kebahagiaan itu adalah milik Allah. 
hanya Allah sahaja yang boleh berikan semua tu. 
dan mintalah pada Dia."

die memang seorang yang kuat dan tabah.
no doubt!
*insyaAllah.. akak.. moga akak terus kuat dan tabah dalam jalan kehidupan ini. moga akak diberkati dan dirahmati -Nya.*


akak..
saya teringin nak jadi mcm akak..
saya teringin nak jadi hebat mcm akak.
seorang yang tenang mcm akak..

Allah hadirkan akak pada saya ketika saya ada masalah pada mulanya.
dan seterusnya kehadiran akak seolah-olah tak pernah jemu dengan cerita hidup saya
akak tak pernah lari pun dari saya..
sesungguhnya saya berasa amat segan dengan akak sebenarnya, siapalah saya hendak dibandingkan dengan akak dan juga yang lain,
tapi macam mana pun, berapa kali sy nyatakan saya segan pada akak, akak akan cepat2 pintas perasaan sy tu, akak cakap.. semua orang adalah sama..
setiap orang ada salah dan silap dia sendiri..
hanya Allah shj yg tahu nilai ketaqwaan seseorang itu.

akak..
alangkah bertuahnya saya dapat mengenali akak.
alhamdulillah,
terima kasih Allah kerana pertemukan akak dengan sy,

akak..
..........

saya sayang akak kerana Allah.
terima kasih k. ****
~ ~ ~ ~ ~
rasa mcm banyak lagi nak tulis kat sini..
tapi sayangnye , akak tak dapat bace pun ape yg sy tulis kat sini..
huhu..
ini luahan hati sy tentang akak.


sy tak tahu mcm mana jalan hidup yang akan sy lalui pada masa hadapan.
akak cakap, setiap ujian and ape yg berlaku itu, Allah turunkan buat kite agar kite dapat dekatkn diri pada Allah.
tak kire mcam mana sekalipun berat nye,
ujian itu sebenrnye tanda sayang Allah pada kite

sejujurnya akak,
sy takut untuk memikirkan masa hadapan dan menghadapi ujian seterusnya kak.

tapi.. insyaAllah sy akan ingt apa yg akak ckap pada sy sebelum ni,
dan sy harap dengan setiap apa yag berlaku dapat dekatkan lagi diri sy dengan Allah.
kerana.. Allah lah satu2 nya matlamat utama sy.

~ ~ ~ ~ ~

p/s : mendengar satu lagu pada mulanya, tetiba teringat something. and seterusnya teringat dekat akak. membuatkan hati benar2 tersentuh.

"akak : aqidah yang mengikat kita, lebih kuat ikatan aqidah ini dari ikatan darah sekalipun . jangan berputus asa pada rahmat Allah"

doa dan taubat ; Dr Asri

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"




p/s : walau apa pun terjadi, jangan berputus asa dengan rahmat Allah .