"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Berapa hari yang lepas, berkesempatan berjumpa dengan Embak Marina dalam satu program Mukhayyam. Beliau berasal dari Indonesia, dan kini sedang belajar di German, sedang mendalami kurus Statistic, dan yang paling hebat nya.... Embak sudah
join tarbiyah ini sudah hampir 20 tahun !
MasyaAllah!
pasti banyak pengalaman yang dah dilalui beliau.
Bagi saya itu adalah peluang keemasan apabila dapat berjumpa sendiri dengan nya dan mendengar cerita kisah hidup Embak sendiri.
seronok! mendengar Embak bercakap dalam pelat Indonesia , sampai kadang2 terasa mcm berlakon dalam cerita Indonesia dah.. hehe..
kami yang pergi , hampir terikut2 bercakap dalam bahasa Indonesia...
suka bangat ~ mendengar Embak bercerita.. mengajar sedikit sebanyak kepada kami mengenai tarbiyah.. dan tentang kehidupan dalam Islam ini.
Alhamdulillah banyak yang sempat kami share, memandangkan Embak Marina sendiri masih belum berkahwin (
* tak pasti umurnya berapa, secret katanya*) memang senang la, kitorang berbual, senang masuk.. ape orang kata.. sekepala gitu ~
alhamdulillah.. mcm2 la yang dapat kitorang berkongsi. dari soal agama, kehidupan
as a muslim, hubungan dengan Allah, hubungan sesama saudara muslim , soal masa hadapan, sampai soal jodoh dan kahwin pun ade..... *
haha*.
rasa seronok berkongsi cerita sesama saudara seagama walaupun berlainan bangsa dan keturunan, cuma bahasa yang hampir sama...
timbul perasaan terharu apabila bersama-sama..
tidak kira bangsa apa sekalipun.. asal dari negara mana sekalipun.. matlamatnya sama.. agama kita sama.. cita-cita kita sama.. punya Tuhan yang satu. berpegang pada prinsip yang sama .
Dalam program tu, saya belajar tentang satu perkara asas yang dapat dilihat dari sudut perspektif yang lain. MasyaAllah.. baru terbuka minda rasanya.
tentang Ukhuwah Islamiyyah.
sesama saudara...
alhamdulillah..
kata Embak, dalam ukhuwah,erti saudara bukan hanya pada saudara sedarah daging kita, bukan sekadar keluarga, tapi saudara adalah yang orang yang sudi menerima kita seadanya, menerima baik buruk kita.. kekurangan dan kelebihan kita.
keluarga adalah saudara,
sahabat adalah saudara,
dan semua muslim adalah saudara kita... bukan?
kenapa hendak bermusuhan.. kenapa hendak selalu bertegang urat dalam bersaudara.. ?
kita pun punya kekurangan sendiri, dan tiada yang sempurna,
bersaudara itu adalah proses yang saling, di mana kedua2 pihak yang memainkan peranannya,
contohnya apabila seorang melakukan kesilapan, yang seorang lagi memaafkan..
itulah ertinya saudara..
apabila seorang mempunyai kekurangan .. saudaranya akan melengkapinya dengan kelebihan yang dia ada.
saudara haruslah saling memahami, saling melengkapi, saling menutupi.
kerana ukhuwah dalam Islam itu adalah nikmat dari Allah.
" Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama Allah) , dan janganlah kamu bercerai- berai , dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu ( masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk"
[Ali Imran;130]
kan?
ternyata bersaudara itu adalah satu nikmat..
jangan persiakan nikmat Allah..
nikmat di mana Allah kurniakan untuk menyelamatkan hamba- hamba Nya dari jurang neraka.
bagaimanalah kita menginginkan umat Islam yang bersatu jikalau dengan orang sebelah pun kita bermasam muka?
Salamatus Sadar, iaitu berlapang dada.
Berlapang dada lah dengan saudara kita, bermaaf-maafan... jangan mudah menghakimi orang lain dan janganlah bermusuh-musuhan.
siapalah kita untuk tidak memaafkan?
siapalah kita hendak menyalahkan ,melainkan sudah terbukti sudah menyimpangi ajaran Islam.. tegurlah.
itu juga adalah peranan saudara.
Embak berkata, contohnya.. jikalau kita berasa susah dalam berdakwah.. mempunyai masalah dengan saudara setarbiyah, berlapang dada lah.. mungkin dia melakukan kesilapan tanpa disengajakan. atau.. mungkin sememangnya dia begitu.... sifat nya ada kurang disitu, kita tak perlulah menunggu2 lagi dia melakukan kesalahan itu dan seterusnya menyalahkannya lagi, tetapi bantulah dia.. sempurnakan langkahnya.. lengkapkan kekurangannya.
kata Embak lagi, jikalau dia menyepahkan.. kita mengemaskan. Itulah proses persaudaraan.... saling melengkapi. Itulah sebabnya kita bersaudara.. jikalau kita kekurangan, yang lain dapat menampung kekurangan itu dengan kelebihan yang dipunyai. Jikalau kita tidak mengerti sesuatu, saudara kita lah yang akan mengajar dan menasihati kita..
belajarlah untuk memberi dan menerima.
barulah lengkap sesuatu pekerjaan itu bukan? sebab itulah.. persaudaran ini prosesnya saling..
tak perlulah bermasam muka.. mengeluh.. kenapa asyik kita je.. yang kena betulkan.. kenapa asyik kita je yang dimarahi.. kenapa asyik kita je... etc...
kalau dia sedang bercakap, kita mendengar,
kalau dia sedang mengajar kita belajar
dan begitulah juga sebaliknya.
begitulah yang dah ditetapkan Tuhan bukan?
ukhuwah adalah satu proses yang datangnya dari 2 arah.
Iman dan Taqwa, adalah pangkal ukhuwahnya.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"
[Az- Zukruf ;67]
dan tali ukhuwah ini juga merupakan kehendak Rabbani.
" dan Dia Allah yang mempersatukan hati mereka ( orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh , Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
[Al-Anfal; 63]
tidak lupa bahawa ukhuwah merupakan cermin kekuatan iman kita juga.
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
[Al-Hujurat; 10]
bersabarlah selamanya dengan saudara-saudara kita.... kerana ukhuwah itu ternyata penting!
sabar itu susah... tetapi sabar itu cantik bukan?
dan kerana kesabaran lah yang akan menjadikan ukhwah itu indah.
dan insyaAllah.. perjalanan kita masih lagi jauh untuk ke negara akhirat sana.. di muka bumi ini, anda tidak keseorangan.. punya teman2 di sekeliling.... dan sama2 akan berusaha untuk matlamat nan satu itu!
jom tabayyun! check and recheck.. ayuh sama-sama usaha ke arah yang lebih baik.
=)
" dari Abu Hamzah , Anas bin Malik ra. menjelaskan bahawa Rasulullah saw. bersabda,
"tidak beriman sesorang itu di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
[HR Bukhari dan Muslim]
p/s : ukhuwah fillah! =)