"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Oh..
Ya Allah Ya Rahim..
izinkan diri ini mengutus bicara
mengadu pada-Mu...
memohon ampun dari-Mu..
Oh..
Ya Allah Ya 'Alim.
sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui
segala isi hati
Oh..
Ya Allah Ya Wadud.
hati ini sangat mencemburui..
cemburu akan hati-hati yang sangat suci cintanya
sangat kuat cintanya pada-Mu
cemburu akan hati yang cinta dan kasihnya tulus pada-Mu
cemburu akan hati yang tidak takut akan kehilangan melainkan hilangnya cinta-Mu
cemburu akan hati yang sentiasa merindui-Mu
cemburu pada hati yang mana sentiasa dibawah taklukan cinta-Mu
cemburu..
pada hati yang sentiasa terpahat nama-Mu
di mana setiap degupan beralun dengan zikir nama-Mu
setiap langkah kehidupan nya ikhlas hanya untuk-Mu
dan hati itu mencintai kerana-Mu.
Ya Allah..
Ya muqallibal qulub..
alangkah indahnya hati itu..
alangkah damainya hati itu dalam jagaan-Mu..
Oh..
hati ini cemburu akan hati itu...
hati ini ingin jua seperti itu...
memohon izin dari-Mu
akan kurniaan secantik hati itu..
p/s : cemburu.....