Thursday, November 29, 2012

nak...

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


....
nak cakap.. tapi tak tahu macam mana nak luahkan..
nak tulis.. tapi tak tahu macam mana nak simpulkan ayat...
nak buat itu..
nak buat ini..
nak yang itu..
nak yang ini..
nak..
nak..
nak..


macam-macam nak..
tapi..
tak mampu...

kadang-kadang saya rasa macam tu..

inilah diri saya..
sangat terbatas..
saya terima diri saya seadanya..
kerana memang hakikatnya 'saya bukanlah milik saya'...

saya ada Pencipta saya
saya ada Penjaga saya..
saya ada Pemilik saya..
saya pasti.. dalam apa jua keadaan sekalipun ..
Dia pasti akan jaga saya..
selagi mana saya jaga hak-hak Dia..

dan begitu juga kamu..kamu..kamu......
saya pasti..
Dia akan jaga kita semua...
selagi mana kita jaga Dia...

walaupun kadang-kadang saya rasa  nak lakukan macam-macam..
nak lakukan untuk diri sendiri..
atau lakukan untuk orang lain..
tapi saya tahu.. saya tak mampu untuk lakukan semuanya..


jadi saya serahkan pada-Nya..

saya ada terjumpa satu ayat ni..
dan ia membuatkan saya susah untuk putus harapan pada-Nya..

 "God , who created your heart , can most definitely heal it"

......

p/s: Keyakinan dan pengharapan yang tinggal.. itulah yang akan membuahkan kekuatan untuk terus bertahan. 
Dengan izin Allah... 







Monday, November 26, 2012

Allah sentiasa bersama mu.. wahai sabahat.

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jikalau kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.Engkau lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"

[A-Baqarah;286]


sehingga akhir tahun ini, bila mengenangkan balik apa yang telah berlaku dan pengalaman2 yang dah dilalui.. sungguh banyak ujian diri, hati perasaan dan  yang bermain dengan akal fikiran yg diberi.... 
sememangnya manusia tak akan terlepas dari diuji oleh Yang Maha Berkuasa.
sedangkan para anbiya' juga diuji dengan hebatnya..
kisah Maryam.. 
kisah para sahabat...
sedangkan mereka termasuk dalam golongan yang benar-benar beriman,

apetah lagi.. kita.. manusia pada zaman sekarang ini.. yang mana imannya.. asyik turun naik.. senipis kulit bawang.. hanya Allah shaja yang mengetahui.

sehebat-hebat ujian yang diberikan.. menunjukkan hebatnya kasih sayang Tuhan nya terhadap hamba-Nya.

wahai sahabat,
diri ini masih mempunyai banyak lagi kekurangan dan kesalahan yang dilakukan.
dan diri ini terasa sangat terbatas untuk membantu..
malah  tidak pandai mengeluarkan kata-kata yang mampu menenangkan atau menyelesaikan sebarang permasalahan..
tetapi.... sy yakin, pertolongan dan ketenangan itu.. hanya Allah yang mampu berikan,
dengan perkongsian ini.. sy sandarkan pada Allah.. semoga apa yang disampaikan di sini, diizinkan Allah untuk menghadirkan ketenangan ke dalam hati sahabat.

insyaAllah sahabat,
yakinlah.. 
Allah itu sangat menyayangi hamba-hamba-Nya
dan Allah itu Maha Adil, 
Dia tidak akan menurunkan ujian melebihi dari kesanggupan hamba-Nya , dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya .. sedangkan kita mempunyai akal fikiran yang amat terbatas.

saya tahu..
di dunia ini, kadang-kadang ,
apa yang dipertanggungjawabkan  amatlah berat untuk dilaksanakan....
amanah itu.. tak mampu untuk dipikul..
tetapi kerja itu.. adalah kerja kita bersama..
tiada siapa yang sempurna.. kerana itu Allah menjadikan kita satu ummah..
saling membantu, melengkapi mengisi kekurangan sesama insan..

saya tahu..
akan takutnya apabila dipersoalkan kelak di hari muka..
tentang bagaimana sudah kita laksanakan..
sungguh saya pun gerun akan hari itu..
kerana ketahuilah.. semua manusia akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita lakukan..
sama ada yang memikul terus, atau yang menyokong, atau yang membantu.. atau yang sekadar memerhati..
kerana semuanya satu ummah.. 
kerana amanah itu tanggungjawab bersama..

yakinlah sahabat,
Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya..
sandarlah pada Dia.. Dia yang Maha Berkuasa.
yakinlah apa yang Dia tetapkan itu adalah yang terbaik buatmu.
mungkin bukan di hari ini.. atau mungkin di hari akan datang.. mungkin nanti, hikmah nya itu menunggu kamu di akhirat sana..

sesunggunhnya , muka bumi ini milik-Nya,
apa yang Dia kehendaki , itulah yang akan terjadi..
tiada daya melainkan dengan kuasa-Nya.
dan Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya
Dia Maha Pencipta, amat mengetahui akan keterbatasan makhluknya..
Dia Maha Bijaksana...dan Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-Nya.

maka bersandarlah pada Allah.. bertawakkal lah pada Allah..
Demi Allah.. dan agamanya,
marilah kita berusaha keras bekerja selagi mana kita mampu, ayuh kita usahakan..
selebihnya, segala keputusan terletak di tangan Allah..
yang akan dilihat adalah usaha kita.. 
ambil lah peluang ini untuk mendekatkan diri dengan Allah.. 
insyaAllah..

wahai sahabat,
diri ini hanya ingin berkongsi rasa, 
minta maaf jika tersalah bicara..
kerana  sangat lah  terbatas ilmu yang dimiliki..
dan, diri ini tahu,  yang memikul sesungguhnya lebih terasa bebannya, berbanding yang melihat..
tetapi yakinlah Allah sentiasa bersamamu..
dan Dia kurniakan teman-teman buat mu.. dan makhluk2-Nya.. berjuang bersama dengan mu..
selagi mana kamu menghendakinya dan redha dengan-Nya..
insyaAllah..

ayuh, demi Allah.. kita berusaha ! 
=)

p/s: mulakan langkah mu dengan bismillah... insyaAllah. 



Monday, November 19, 2012

kesalahan

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

kita selalu melakuka kesalahan..
sama ada secara sengaja atau tak..
sedar atau tidak..
dan selepas itu.. mula lah lahir kekesalan yang menimpa2..

astagfirullahalazim

~ ~ ~ ~ ~

T_T
malu dengan diri sendiri..
malu pada makhluk Allah..
dan paling penting sekali.. malu pada Allah..

mesti muhasabah diri!!

sekarang dah sampai masa nya untuk bertapa..

p/s: ..mood - hijrah!


Monday, November 12, 2012

barakallah! ;)

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH...


berkat, rahmat ,  kesabaran, doa  dan terutamanya hidayah dari Allah.. dengan izin Allah..

I can't tell you how much I appreciate this moments..how happy I am ...
this chances , that He gives to us..
only He knows.
semoga kita tak persiakan nya.

insyaAllah.. we will try our best.. together.. for Islam.. and for Him!
insyaAllah... semoga semangat ini dapat kita kekalkan sehingga akhir waktu..
selagi diizinkan Tuhan..
dan semoga hati-hati kita terus tsabat dalam perjuangan ini..
kuat dalam menghadapi segala rintangan..

dan semoga ini yang terbaik untuk kita dalam memberikan yang terbaik untuk agama Allah..

insyaAllah amin..

*yeayyyy!!!

p/s: alhamdulillah.. sesungguhnya hidayah itu milik Allah..
jom berjuang! =)


Sunday, November 11, 2012

holding on..

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

sepatutnya.. waktu2 sekarang ni dah tido dah ni..
mata dah mengantuk.. kepala pun dah berat.. tetapi tiba2 terpanggil untuk bukak lappy..
and post blog..

hurm.. pernah tak mengalami situasi di mana diri merasakan tak tahu apa yang dilakukan adalah betul atau salah?
or..apa yang patut dilakukan..?

*of course pernah kan..??*

masih dalam proses mengadaptasikan diri mengikut flow..
tak tahu ape yang akan terjadi pada hari esok..
but still.. masih bertahan.
tak tahu ape yang patut buat..
kadang-kadang apabila cuba untuk memberi something or do  anything to someone.. but what u'll get in return..is nothing.. or maybe..just  pain.
and sometime...you pretend that you're okay with that.. but actually you are not..!?

tapi ape2 pun..
don't worry..
Allah kan ada.. in the end of the day.. no matter what happen.. He will always be with you..
just hang on to HIM.
He knows best.

that's what I said to my self ,most of the time.
and.. it does help..
eventhough...sometimes it will get rough..
but as long as you have Him..
you will get through this..
just have faith in Him.

p/s : hold on.. to Him.





Friday, November 9, 2012

hope

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"





somehow... bile dengar lagu ni.. rasa seperti ia menggambarkan kehidupan..
hidup ini tidak mudah.. tidak juga payah..
selagi kita mahukan Allah...
selagi kita lakukan kerana Allah..
selagi kita redha dengan segalanya dari Allah..

Allah sentiasa akan bersama kita...

*err... terlebih emo ke? tak kut.. hehe..*

~ ~ ~ ~ ~

"awak kene kuat tau! "

"insyaAllah... sy cube kak..walaupun ada cacat celanya, tapi kali ni, sy nak buat kerana Allah.. sy nk jadikan ia ikhlas kerana Allah... sy harap Allah terima sy.. sy harap Allah akan sentiasa menemani sy di setiap saat walapun ada ketika sy lemah.. mahupun kecundang.. sy harap sy akan tetap kembali kepada jalan Allah.. jalan yang Dia redhai " 


p/s : biiznillah..


Tuesday, November 6, 2012

masa..jarak..waktu..ingatan..kenangan..

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


orang kata, masa itu berputar....
bagi saya...
masa itu berjalan..
berjalan dari permulaan sehingga lah ke penamatnya..
setiap orang sudah diperuntukkan masa  yang tertentu dalam hidupnya..
apabila masa berjalan..
dia tidak akan berpatah balik..
masa akan berjalan terus meninggalkan kita..
yang berputar hanyalah keadaan kita di muka bumi ini..
mungkin ,sekarang ini.. kedudukan  kita di atas..pada masa akan datang di bawah.. dan selepas itu di atas pula..
mungkin , masa ini.. kita senang.. kemudian kita lapang... dan kemudian kita senang kembali..
dan juga berbagai kemungkinan yang lain..

yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu, masa yang sudah lepas..
kerana tidak mungkin kita akan dapat kembali ke masa lalu..
jarak antara hari ini dan semalam.. sangat jauh..

tetapi, kadang-kadang..
masa yang telah lalu dahulu terasa sangat dekat dengan kita..
masa itu terasa seperti masih lagi baru alami sebentar tadi atau semalam...
setiap apa yang terjadi berada jelas di fikiran
kenapa ?

kerana ingatan..
ingatan yang kekal
membuatkan masa lalu itu berbuah menjadi kenangan..
dan kerana semua kenangan itu masih tersimpan kemas di dalam ingatan..

semuanya
masih kekal sebagai ingatan
dan berada di dalam kotak kenangan kehidupan..

p/s : memories will never fade away..unless if u want it to...