"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
peringatan!
bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah..
bersyukurlah dengan masa yang Allah kurniakan..
bersyukurlah dengan kehidupan..yang Allah berikan ...
dan semua yang anda punya..
pancaindera yang sihat..
anggota tubuh yang sempurna..
akal fikiran yang hebat..
hati yang mampu merasa..
gunakan ia dengan sebijak-bijaknya...
gunakan pada jalan yang sepatutnya..
jalan yang akan membawa anda kepada kejayaan..
bukan setakat menggunakannya..
malah harus menjaga nya..
pelihara pancaindera anda...
pelihara dari perkara yang tidak sepatutnya..
dari perkara yang sia-sia..
dari perkara yang boleh merugikan anda..
menjaga pendengaran...
menjaga penglihatan..
menjaga percakapan...
kerana, tidak semua orang yang lahir di muka bumi ini beruntung seperti anda..
tidak semua orang mampu melihat.. mendengar..bercakap..seperti anda
tidak semua orang mampu berjalan seperti anda...
tidak semua orang mampu menggunakan tangan seperti anda..
kelebihan akal fikiran yang dikurniakan....
yang dapat membezakan yang benar dan yang salah...
gunakan ia dengan sewajarnya...
dan juga hati.
hati yang dimiliki anda..
jagalah ia ..
peliharalah ia dengan sebaik-baiknya..
agar ia sentiasa cantik di mata Pencipta nya
agar ia sentiasa sihat dan subur dengan keimanan.. dan ketaqwaan..
peliharalah setiap nikmat yang telah dikurniakan....
agar anda manjadi salah seorang dalam golongan orang-orang yang beruntung..
insyaAllah
p/s: muhasabah diri....setiap apa yang anda punya.. tak semua orang ada.. maka ,bersyukurlah....