* fuh2!! berhabuk...~*
Assalamualaikum wrt.wbt.
Alhamdulillah... akhirnya , setelah sekian lama.... dpt jg buka blog ni semula.
huhu.. lama sungguh blog ini 'ditinggalkan'..
minta ampun sih.~
Alhamdulillah.. berakhir sudah satu semester utk tahun ni.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...
dan..
InsyaAllah.. esok akan bermula la semester baru utk tahun ni.. *yeay*
harapnya semester kali ini mesti lebih baik dri yg sebelum nya. :))
tetapi, yang pelik nya, sepatutnya diri ini harus berasa semangat utk semester baru ni.. tapi.. entah kenapa, sehari seblum start kelas ni, badan terasa sangat2 lemah.. huhu ~ *mengada-ngada kah? T_T*
bertambah lemah lagi apabila jiwa pun turut terasa lemah..
perasaan sekarang : humble.. way too humble.. :(
mungkin..
terasa diri sangat2 kekurangan berbanding yg lain.. terasa rendah diri berbanding yg lain..
huhu..
entahla, tak tahu kenapa..
teringat pesanan seorang sister ni..
"manusia ni, terikat dengan masa.. "
setiap perubahan dalam kehidupan itu juga memerlukan masa..
setiap insan, masa yang diperlukan untuk berubah itu juga berbeza..
ada yang cepat.. ada yang lambat..
ada yang berkali-kali kecundang
ada yang berubah terus 180 degree secara total!
tetapi yang penting... dalam kehidupan kita,
perubahan yang kita lakukan itu mestilah sentiasa menuju kearah kebaikan dan berterusan..
tidak kisah masa yang diambil lama atau sekejap..
walaupun mungkin berkali-kali diperlukan..
yang penting ada perubahan!
kan?
niat berubah itu penting.. kepada apa.. kamu berubah.. dan kerana apa kamu berhijrah?
................
sy harap bermula esok, untuk semester baru ini.... sy dpt melakukan perubahan.. perubahan ke arah yang lebih baik..
tak ape.. kalau sy lambat berbanding yang lain..
tak ape.. kalau sy kelihatan lemah berbanding yang lain...
tak ape.. kalau sy asyik2 kecundang...
asalkan sy bangun balik..
yang penting.. perubahan ke arah kebaikan itu mesti ada ...
tak ape.. susah pun..
sy kena cuba n usaha..
p/s : It's been a long day , I've been hiding away...
It's been a long week... , I must now feel it's okay..
and all I've got to say is..
make it strong.
No comments:
Post a Comment