Monday, December 30, 2013

pelarian atau pencarian?

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

They said," the more you spread the love.. the more love you'll get back"

Kadang2 kerja itu boleh menjadi sangat berat.. namun apabila kerja itu diselaputi niat yang
Yang ikhlas... kerja itu akan menjadi mudah..

Ikhlas...
Tanpa sebarang harapan utk dibalas..
Kdang2.. itu amat susah bagiku...
Adakah itu.. ujian utk ku?

Ikhlas...
Bolehkah disertai dengan persoalan?

Atau diam itu tanda kelemahan?

Banyak perkara yang bermain di fikiran..
Namun tiada satu pun persoalan terjawab.
Adakah kerana aku tidak mencari jawapan?
Adakah kerana penakutnya aku untuk bersemuka?
Atau kerana jawapan itu sudah ditemui dan hanya aku yg melarikan diri?

P/s : sampai bila aku akan melarikan diri?.. smpai aku sudah bersedia? Bila..?

Sunday, December 8, 2013

Dalam Sujud

"Aku berlidung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

*bila stress exam baru ade mood nak menulis.. bila dengar lagu, baru ade ilham untuk menulis.*

Bismillahi tawakkaltu 'alallah...



Ingin sekali aku sujud pada Mu selama mana masa yang telah Engkau peruntukkan buat ku.

Dalam sujud itu.. 

Ingin sekali aku luahkan segala rasa yang tersimpan
dan segala kata yang tak mampu aku bicarakan melalui lisan, 
mahupun aku pancarkan melalui pancaindera yang Engkau pinjamkan..
kerana.. lemahnya aku seorang insan.

Ingin sekali aku tadahkan sekeping hati yang ku miliki , 
dengan apa yang tertulis
dalam kerdil telapak tangan ku ini.
Namun, sesungguhnya pasti Engkau lebih mengerti dan fahami.

Cinta Mu yang aku dambakan , untuk memayungi segala cinta dunia di sini.


Kasih Mu yang aku harapkan , untuk padamkan resah dan cela hati yang tersembunyi.


Rahmat Mu yang aku harapkan , agar terhapus segala salah kekurangan ku di sini.


Jikalau seorang diri aku tidak mampu menganggung perasaan dunia ,

Engkau ambil lah segala rasa itu dan gantikanlah dengan rasa cinta yang ikhlas hanya untuk Mu.
Hapuskan segala keluhan yang lahir atas kejahilan aku tentang nikmat Mu.
Gantikan ia dengan  syukur akan balasan yang Engkau janjikan di syurga Mu.

Jadikanlah setiap air mata yang mengalir  itu sebagai penawar buat hati untuk meraih redha Mu dan bekalan dalam kehidupan yang kekal nanti.


~ ~ ~

p/s: later...