lemah nya seorang sahabat..
kerna tak dapat memberi sebaik apa yang diharapkan
lemahnya seorang sahabat..
kerna tak mampu mengeluarkan kata-kata yang dapat menenangkan jiwa..
lemahnya seorang sahabat..
kerna tidak mengerti bagaimana cara untuk membalas jasa
lemahnya seorang sahabat..
kerna hanya dapat memandang beban yang ditanggung sendirian tanpa mampu berkongsi dengannya
lemahnya seorang sahabat..
kerna tidak dapat memberi pelukan mesra yang diharapkan dan mententeramkan jiwa tatkala resah
lemahnya seorang sahabat..
kerna tidak mampu menzahirkan perasaan sebenar kepadanya
lemahnya seorang sahabat..
kerna ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana ingin menyuarakan hasrat
lemahnya seorang sahabat..
kerna niat asalnya tidak kesampaian...
lemahnya seorang sahabat..
kerna akhir sekali hanya mampu memandang tanpa kata
lemahnya seorang sehabat..
sehingga akhir sekali kehadirannya tidak diperlukan..
lemahnya insan ini.. yang bergelar sahabat...
namun...
kuatnya seorang sahabat kerna masih mengasihi..masih menyayangi..
kuatnya seorang sahabat kerna tidak putus-putus doanya dan bergantung harap kepada yang ESA
agar kurniakan yang terbaik buat semua..
kuatnya seorang sahabat...
walaupun dengan doa semata-mata..
maafkan daku duhai sahabat..
kerna tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang diinginkan..
sesungguhnya diri ini amatlah lemah..
bukan mengeluh atas apa yang disuratkan..
hanya ingin engkau mengerti..
kasih sayang sebuah persahabatan amatlah bernilai buat diri ini
walaupun tidak mampu ku menzahirkannya dengan sempurna..
tidak sama sekali menyalahkan dirimu..
tidak sama sekali menyalahkan takdir ILAHI..
hanya ingin memohon maaf atas ketidaksempurnaan diri ini dalam bergelar seorang sahabat..
harap engkau mengerti..
sungguh kasih diri ini kepada sahabat kerana kasihnya kepada ALLAH...


No comments:
Post a Comment