Monday, April 9, 2012

cinta yang sempurna

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



Ketidaksempurnaan
pada diri,
itulah yang memberikan kecantikan
itulah yang melahirkan keihlasan
itulah juga yang mewujudkan kelengkapan

Ketidaksempurnaan
pada diri, 
itulah yang membuktikan kehambaan
yang melahirkan pergantungan dan pengharapan
yang selayaknya
pada ya Rahman.

Ketidaksempurnaan
mungkin pada pandangan mata
kerana zahirnya kadang terpedaya
pada dunia yang dipenuhi maya

Ketidaksempurnaan
akan hilang
hanya jika dengan mata hati kita melihat
hikmah cerita disebalik ketentuan
barulah lahir kesempurnaan hati yang diidamkan
kerana fitrah batin setiap insan
yang mendambakan cinta sempurna ya Rahim

Sehinggalah akhirnya nanti
kita berada di dalam kesempurnaan sebenar yang hakiki
kekal abadi.



p/s:  Diri mendambakan cinta Ilahi yang sempurna...
cinta ini tidak akan sempurna tanpa cinta -Mu.
hadirkan cinta ku pada Mu ya Allah.

tiada cinta yang sempurna melainkan cinta Allah.



No comments:

Post a Comment