peringatan untuk diri ini yang selalu terlupa ..
SOMBONG
merupakan salah satu penyakit hati
penyakit hati yang boleh melemahkan iman..
sombong terhadap Pencipta
sombong terhadap makhluk-Nya,
sombong terhadap manusia.
perasaan yang kadang-kadang muncul tanpa sedar..
akibat merasakan diri terlalu megah.. merasakan diri lebih hebat berbanding yang lain..
contoh yang selalu sangat berlaku dan senang berlaku dalam kehidupan seharian.. ialah apabila
rasa diri sangat sukar hendak menerima pandangan orang lain, merasa dengki.. dan tidak mahu mendengar nasihat dan pendapat orang lain.
jauhi.. dan padamkan sifat sombong yang ada pada diri!!
kerana, tahukah bahawa sombong itu merupakan kesalahan pertama yang dilakukan di syurga?
"dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "sujudlah kamu kepada Adam!" maka mereka pun sujud kecuali iblis . Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk dalam golongan yang kafir"
[Al- Baqarah: 34]
" dan sungguh , Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan sumber penghidupan untukmu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur. Dan sungguh , Kami menciptakan kamu , kemudian membentuk tubuhmu kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, " bersujudlah kamu kepada Adam," maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman, "apakah yang menghalangi kamu sehingga kamu tidak bersujud kepada Adam ketika Aku menyuruhmu?" iblis menjawab , "Aku lebih baik daripada dia, Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah, Allah berfirman, "maka turunlah engkau dari syurga; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina"
[Al-A'raf: 11-13]
~ ~ ~ ~ ~
"dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri"
[Luqman: 18]
~ ~ ~ ~ ~
beratnya hukuman sifat ini..
wahai diri.. ingat2lah selalu..
=(
p/s: ya Allah , peliharalah kami dari penyakit ini.. jauhi kami dari sifat sombong.
No comments:
Post a Comment