"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
orang kata, masa itu berputar....
bagi saya...
masa itu berjalan..
berjalan dari permulaan sehingga lah ke penamatnya..
setiap orang sudah diperuntukkan masa yang tertentu dalam hidupnya..
apabila masa berjalan..
dia tidak akan berpatah balik..
masa akan berjalan terus meninggalkan kita..
yang berputar hanyalah keadaan kita di muka bumi ini..
mungkin ,sekarang ini.. kedudukan kita di atas..pada masa akan datang di bawah.. dan selepas itu di atas pula..
mungkin , masa ini.. kita senang.. kemudian kita lapang... dan kemudian kita senang kembali..
dan juga berbagai kemungkinan yang lain..
yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu, masa yang sudah lepas..
kerana tidak mungkin kita akan dapat kembali ke masa lalu..
jarak antara hari ini dan semalam.. sangat jauh..
tetapi, kadang-kadang..
masa yang telah lalu dahulu terasa sangat dekat dengan kita..
masa itu terasa seperti masih lagi baru alami sebentar tadi atau semalam...
setiap apa yang terjadi berada jelas di fikiran
kenapa ?
kerana ingatan..
ingatan yang kekal
membuatkan masa lalu itu berbuah menjadi kenangan..
dan kerana semua kenangan itu masih tersimpan kemas di dalam ingatan..
semuanya
masih kekal sebagai ingatan
dan berada di dalam kotak kenangan kehidupan..
p/s : memories will never fade away..unless if u want it to...
No comments:
Post a Comment