Saya ada terjumpa satu puisi ni..sangat menarik!
kepada para pencari Tuhan...
Duhai pencari...
tanyakan pada hati,
apa sebenarnyayang engkau cari,
tanyakan juga padanya,
di mana carianmu itu tersembunyi,
walau belum ditemu, masih lagi mencari,
walau jauh berbatu,masih lagi mendaki,
buat dirimu duhai pencari,
yakinlah pada apa yang kau cari,
sandarkan cintamu pada daya,
labuhkan layarmu pada cinta,
apa yang kau cari itu, pasti akan kau jumpa,
yang tak kelihatan itu, tak semestinya sedang bersembunyi,
yang tak kelihatan itu, tak semestinya tidak menanti,
kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,
selangkah dirimu mencari, seribu langkah sedang kau hampiri,
jangan berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu abadi,
yang kau lihat itu adalah fana,
jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajar rindu pada yang dicari,
jangan kau peduli pada caci,
kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari,
wahai pencari, teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu,
dalam keadaan reda dan meredai.
by :Ibnu Rijal
buku: Bertanya tentang tuhan
p/s: semoga pencarian selama ini..ditemui
semoga pencarianmu selama ini ditemui insyaALLAH~
ReplyDeleteapa sekalipun yg dicari...^____<
amin.. =)
ReplyDelete