tak seindah yang dibayangkan..
tak secerah yang diimpikan...
namun..
masih yakin..
apa yang dicari akan ditemui....
masih yakin akan penghujungnya..
masih yakin akan apa yang menanti..
masih yakin akan dipimpin..
masih yakin akan diterangi..
mungkin masa yang diambil ..
tak sepantas seperti yang lain..
mungkin jalan yang diharungi..
tak sehebat yang lain..
mungkin diri..
tak seistimewa yang lain...
mungkin teka-teki kusut bermain difikiran..
tapi..
akan terus berjalan..
mungkin tidak mampu berlari..
akan jua melangkah..
akan juga mencari..
sampai akhirnya ketemu..
ya..betul!
permata itu masih terdapat pasir-pasir halus..
bunga itu amat pudar warnanya..
air itu terlalu keruh untuk dinikmati..
batu itu terlalu kasar dan keras..
jalan itu ..permukaanya masih tidak rata..
masih banyak lopak.. selut.. dan.. retak..
semuanya tak seindah yang lain..
namun..
permata itu tak semestinya sudah hilang kilauannya..
bunga itu akan mekar jua suatu hari nanti bersama harumannya..
biarkan air itu mengalir..buangkan keruh yang ada padanya.. jernihkan ia semula
kerana kerasnya batu itulah..ia mampu bertahan akan semua hentakan..
bantulah ia memilih jalan yang baru...
yang lebih elok pandangannya..
jangan biarkan ia keseorangan.. sesat.. dan berulang- kali terjatuh dalam menyusuri jalan yang lama..
hilangkan kesilapan dahulu..
perbaiki sejarah lama ..
agar tercipta sejarah baru..
yang lebih bermakna..
p/s: ....still learning.. and will never stop learning..


No comments:
Post a Comment