insyaALLAH... terjumpa satu puisi yang sangat indah.. and nak share di sini..
=)
"aku cemburu pada bulan yang bermesra denganMU pada malam hari,
aku cemburu pada bintang yang berkelip gemilang di kala mentari menyepi,
aku cemburu pada tumbuhan yang bertasbih padaMU di kala mulutku terkunci,
aku cemburu pada kelawar yang berjaga di saat ENGKAU turun ke bumi.
aku cemburu pada jiwa yang berdoa padaMU di saat aku sedang bermimpi,
kerana itu aku bangun , melangkah kaki pada RABBI,
menadag tangan pada RABBUL IZZATI ,
supaya cintaku ini tidak dibawa lari.."
sedap kan susunan ayat2 die?
menurut satu hadis Qudsi ini, ALLAH SWT berfirman bahawa ,pada setiap dua pertiga malam , Dia akan turun sehingga ke langit pertama dunia untuk menawarkan keampunan kepada hamba-hamba-NYA yang bangun beribadat pada masa itu.
"adakah hamba-hambaKU yang ada sebarang permintaan?
AKU mahu kabulkan . adakah hamba-hambaKU yang ingin memohon kemapunan?
AKU mahu ampunkan? "
waaa... hebat kan?
jadi apa lagi... jangan lepaskan peluang ni!!!
jom ber'dating' dengan DIA ...
jom cipta saat2 romantik bersama-NYA ...
so that, adanya kenangan terindah antara diri kita dengan Pencipta kita di dunia ini.. dan boleh menjadi aset yang paling berharga di akhirat sana kelak!
;)
p/s: " sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan" [ Al- Muzammil: 6 ]
No comments:
Post a Comment