Assalamualaikum ya Ramadhan.. kita bertemu lagi! :' )
Alhamdulillah..
syukur.. sekali lagi dapat menjenguk Ramadhan tahun ni.... Terima kasih Allah.... jangan biarkan aku sia2kan Ramadhan kali ni... bantu lah aku untuk menjadi yang sebaik-baiknya untuk Mu.
selagi masih berpeluang ini..
aminnn.. ya Rabb.
insyaAllah, kali ini Ramadhan dan Syawal akan disambut dengan suasana yang berbeza mungkin...
ya Allah, kuatkan aku.. sabarkan lah aku..
berkatilah aku ..
*minta maaf mak.. kite tak dapat nak penuhi hajat berpuasa dan beraya tahun ni di rumah..
harap dimaafkan..dan mak meredhai kite dan mendoakan kite di sini..
doa dari anakmu di sini tidak akan putus, insyaAllah.
saya ingin mengambil kesempatan di sini..
ingin memohon maaf dari semua yang membaca blog ni..
atas semua salah silap saya yang jelas mahu pun tidak.. zahir dan juga batin.
sangat2 banyak kesalahan yang dilakukan mungkin.. sama ada secara sedar atau tidak..
memohon setulusnya kemaafan dari semua...
semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan barakah untuk semua hendaknya.
dan insyaAllah diri ini sudah lama memaafkan segala kesilapan saudara/saudari jikalau ada.. dan semoga Allah memberkati kalian.
Rasulullah s.a.w lagi memaafkan kesalahan umatnya..
dan sesungguhnya, Allah s.w.t lagi Maha Pengampun dosa-dosa hamba-Nya..
pengampunan-Nya seluas laut dan langit..
insyaAllah.
don't waste the chances Allah gives to you in this Ramadhan!!
=)
insyaAllah.
p/s: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak !
jazakallah khayr buat semua yang sudi membaca dan menunjuk ajar selama ini...
semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya buat kalian.
No comments:
Post a Comment