" kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat , tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Alah , hari akhir , malaikat-malaikat, kitab-kitab , dan nabi-nabi , dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat , anak yatim , orang-orang miskin , orang-orang yang dalam perjalanan ( musafir) , peminta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya , yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji , dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan , dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar , dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."
[ Al - Baqarah ; 177 ]
Baru pertama sekali saya mendengar dan mengenal erti atau maksud kebajikan yang sebenar.
kalau sebelum ni, bila sebut tentang kebajikan , selalu terbayangkan perbuatan seperti memberi sedekah , gotong -royong , tolong- menolong sesama masyarakat dan seumpanya. Tapi ternyata bukan itu sahaja, kebajikan yang sebenar adalah perbuatan atau perlakuan yang lebih luas rangkumannya, ia meliputi perhubungan sesama manusia dan juga perhubungan manusia dan Maha Suci Tuhan sekalian alam.
bukan sekadar 'kebajikan' yang dilakukan kepada makhluk-Nya .
Dan mereka yang melakukan kebajikan itu adalah mereka yang tergolong dalam golongan orang- orang yang bertaqwa.
Apa itu taqwa?
Taqwa adalah dengan mengikuti segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya
"Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa , iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, melaksanakan solat , dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (Al-Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat"
[Al-Baqarah ; 2,3,4]
dan Allah s.w.t telah memberikan perumpamaan sebagai peringatan, bahawa sebaik-baik pakaian bagi manusia adalah pakaian taqwa .
" Wahai anak cucu Adam! sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa , itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda-tanda kekuasaan Allah , mudah-mudahan mereka ingat"
[Al-A'raf; 26]
wallahu 'alam.
p/s : kirenye lepas ni.. boleh la kalau nak letakkan nama 'Biro Kebajikan' sahaje instead of 'Biro Agama dan Kebajikan'.... ye tak? kerana pada dasarnya, kedua2 nya membawa peranan dan tanggungjawab yang sama... bukan?
=)

setuju dengan 'p/s' !!
ReplyDelete