Saturday, December 31, 2011

ombak rindu ku kepada-Mu..




Menilai diri sendiri... ‘ banyak nya kekurangan melebihi kelebihan’..
Mengeluh... *tak pasti sama ada  mengeluh dibenarkan dalam situasi sebegini?

Tidak sempurna..
Tidak sehebat yang lain..
Hanya biasa..
Mungkin lagi biasa berbanding yang lain..
Mungkin lagi lemah berbanding yang lain..
Tak ada apa yang perlu dibanggakan berbanding yang lain..
Tak mengharapkan yang luar biasa..
Tak mengharapkan yang lebih..
Tak mengharapkan keistimewaan..
Tak mampu nak berharap..
Malah malu untuk berharap..
Namun masih ingin meminta..
Walau mungkin diri tidak seindah yang lain...
Tidak seteguh yang lain..
Tidak seharum yang lain..
Kerana lemah.. kuteruskan jua...

Tidak kira setebal mana malu pun wajah ini..
Aku ingin memohon.. dan terus memohon pada-Mu..
Aku masih tunduk.. dan ingin terus tunduk pada-Mu..
Tidak kira setebal mana pun dosa ku..
Aku ingin terus sujud... dan ingin terus sujud pada-Mu..
Kerana ingin bertemu.. dan ingin mengenal-Mu..
Walau kadang ku jauh dari-Mu.. ampun daku..
Walau sehina mana pun diri ku... terimalah daku..
Aku tidak tahu mana penghujung ku..
Tidak berani memikirkan mana tempat akhir ku kelak..
Aku tak mampu..
Tapi aku tetap berharap..
Aku ingin... malah ingin sangat...
Merasa cinta-Mu...kasih-Mu..rindu-Mu..
Dalam hati ini.. dalam hidup ini..
Pinjamkan lah aku rasa itu..
Doa ku pada-Mu
Selagi masih bernafas.. tak pernah terpadam impian ini..
Aku malu untuk meminta..
Tapi.. aku ingin turut merasa..
Ampunkan aku...

Tuhan... berilah aku rasa itu..
Sementara aku masih berada di alam ini..
Sementara aku masih berpeluang..
Bawa hati ini kepada-Mu ya Allah..
Aku juga ingin merasa..
Mencintai-Mu sepenuh hati ku..
Merindui-Mu setiap masa dan waktu yang aku ada di sini..
Berpeluang kah daku?


p/s : I want to have that feeling too.. I want to love YOU with all my heart too..
so that one day I can meet you with smile on my face.. be with YOU in your Jannah... 


Monday, November 7, 2011

heartsong


replay...replay...replay..and replay....
I like this song very much..
love it..
and this is my du'a..
aminnn~

p/s: my heartsong....

Sunday, October 30, 2011

jika kau pilih aku

Jika kau pilih aku....

Jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redha-Nya
bukan membuka jalan untukku,
melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
sebagai permaisuri hati
tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekurangan ku,
nilai kembali niatmu,
masihkah kau sanggup menghadapi segala kekuranganku.

Jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah2 terindahmu untukku
sehingga kita dihalalkan untuk menyatakannya.

Jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hati,
aku mohon agak kau sandarkan niatmu,
kepada yang menetukan,
aku pinta agar engkau sentiasa dalam istikharah
agar kita kan bisa menemui insan yang tepat
bukan menjadi sekadar bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku 
menjadi permaisuri hati
ketahuilah
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tetapi ku minta
biarkan ku mendapat istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan
untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha-Nya

Jika kau pilih aku,
dan jika Allah mengizinkan ku memilihmu,
ketahuilah,
aku akan memilihmu kerana-Nya,
saat itu ialah pabila ku tahu
kenapa kau memilih aku,
jawapannya ialah " Kau memilih aku kerana Dia".


dipetik dri 

P/S : Satu pesanan yang sangat indah..  =)


Monday, October 24, 2011

yiruma - the moment


"suddenly I miss my family very..very..very.. much!!!
Mom... I miss you.
really2.. want to talk with you right now..
I need you mom..

In this kind of situation..
your daughter is calling for you.
She doesn't know what to do..
to handle those things..
only HE knows what best for her..
and mom.
.you're the one who can tell her what to do now..
Mom..
your daughter is now a 'big girl' ..
but then she's stuck in the middle of the problems..
but she still can't solve it by herself...
what must she do right now??

Mom..
I wish you are here with me now..
I wish you know what's happening to me right now..
Mom..
I wish we'll talk about this..
But..
I'll never have the courage to let you know..
because..
I don't want to let you down..
I don't want you to worry about me..
at all..
....
Mom.. I miss you..
take care mom......"

p/s: ..............

Monday, October 17, 2011

no title

after all..
I'm not a good person..
I'm just a normal person..
have a heart.. have feelings..
and do make mistakes..
I'm sorry..
I'm not asking for this to happen..
I'm sorry friend...

p/s: ....

gwenchana~

wahai diri..
takpe..
DIA ada..
jangan risau,
DIA sentiasa ada untuk kamu.

takpe..
kalau sekalipun kamu takde tempat mengadu..
DIA ada..
DIA tahu apa yg kamu keluhkan..
DIA tahu apa yang kamu risaukan..
DIA tahu apa yang bimbangkan..
DIA tahu apa yang kamu sedihkan..
DIA tahu segalanya..

takpe
tak perlu takut..
DIA tahu kamu perlukan pertolongan..
DIA tahu apa yang kamu hadapi..
DIA tahu apa kata hati kamu..
jangan risau..

takpe..
jangan sedih..
DIA pasti akan bantu kamu
DIA pasti akan beri petunjuk kepada kamu
DIA pasti akan berikan yang terbaik buat kamu..

takpe..
DIA tahu apa yang kamu lakukan..
DIA tahu apa yang kamu harapkan
DIA tahu apa yang kamu perlukan...

takpe..
DIA lah yang dapat bantu kamu dalam segala apa jua keadaan..
tidak orang lain..
hanya DIA..
jadi.. jangan risau..
DIA ada..
luahkan pada DIA..
DIA ada..
sentiasa ada..

takpe.. takpe.. takpe..
gwenchana..
its okay if nobody understand you.. 
because HE does..
believe me..
HE is always with you...
talk to him..
don't be sad..


so..
GWENCHANAYO~ 

p/s: Gwenchana.. gwenchana... insyaALLAH~

Saturday, October 15, 2011

diari di malam hari

...
sehari menjadi pemerhati..
mata dibuka., mulut dikunci,telinga mendengar, otak berfikir.. hati menilai...

tetiba terasa malas nk bercampur-gaul dengn yang lain.. malas!
so ambil inisiatif utk berdiam diri..  tak banyak bercakap.. hanya memerhati dan mendengar.
*dah banyak rasanya bercakap sebelum ni .. huhu T_T ~ penat ~
BEST sebenarnya bila mcm tu.. baru perasan rupanya banyak benda yg  boleh belajar dri surrounding sendiri.

Dalam suasana bising2 tu..

tengok kanan...
diorang bersembang.. rancak! sesekali gelak... seronok nampak.... ntah topik ape yg dibualkn pun sy tak tahu, tak mendengar sepnuhnya.
ada  Malay ada Chinese....
seronok sungguh bersembang...hampir terlupa mungkin keadaan sekeliling.. kuat sungguh suara diorang
mana tak nye, sy yg duduk jauh lebih kurg 1 m lebih pun dpt dengar dalam dewan yang bising tu.
sy senyum..

tengok sebelah kiri
kagum!
dia sedang baca buku.. menigintai, ade ayat2 hadis dan al-Quran dalam halaman buku tu..
tersenyum sy..
hebat orang ni!
dlm keadaan hiruk-pikuk tu pun dapat lagi ambil peluang tambah ilmu.

tengok hadapan..
sekumpulan seniors sibuk dengan sesi fotografi..
iyerla... datang majlis grand2 mcm ni.. pakai baju pun glamour2.. tak kan nak lepaskn peluang bergambar kan..
for memories..
and again I smiled

tengok hujung dewan..
sekumpulan seniors jugak.. tengh sibuk uruskan dewan seblum majlis bermula..
for preparation..
sediakan makanan.. kemas2 meja.. kerusi..
yup2.. diorng sedang jalankan tugas masing2..
and again I smiled

sebelah sana dewan pulak
ade sekumpulan boys..
seniors and juniors kot..
ade beberapa muka yang kenal.. tapi mostly nye tak la..
iyerla, yg hadir semua wakil dri berbeza2 lokaliti
diorang pun tak kurang hebatnya bersembang
 bergosip jugak kah??!
hahah...~ wonder.. kalau boys... diorang selalu bergosip tentag ape ye?
 XD ~ hurm.. who knows~
senyum lagi..

sama ada diorang sedar atau tak..
diorang semua sy perhatikan..
ape yang diorang buat.. ape yang dipercakapkan..

memerhati..
hanya melihat.. dan sendiri yang menilai..
tp tak tahu apa sebnrnya yg diorg sedng fikirkan..
dalam kepala.. dalm hati....
sy hanya melihat pada luaran
dalam tidak..

dan sedar atau tak sedar
sebenarnya..
diri sy sendiri pun turut diperhatikan..
ape yang sy sedg fikirkan..
ape yang sy sedg buat..
semua diketahui..
yup2!!
DIA... DIA yang Maha Mengetahui..
yang zahir mahupun tersembunyi..
no need to hide anything from HIM..
HE knows well..
diorang yang lain pun sama.. semua disini diperhatikan.. di dunia ni.. tak ada ape yang boleh disembunyikan..
DIA TAHU SEMUA..
HEBATKAN DIA??
=)
yup2.. sy ada mata.. sy ada telinga, sy ada akal.. sy ada hati untuk menilai..
tp itu semua terbatas..
sy melihat.. tp sy tak mengetahui..
malah sy dapat melihat ini pun hasil kurniaan dari DIA..
akal ini pun.. DIA pinjamkan kpd sy..
telinga ini.. DIA benarkan sy mendengar..
DIA juga beri sy hati untuk menilai..
banyak sngat nikmat yang DIA bagi pinjam..
baik kan DIA ?
=)

Alhamdulillah
Sy ada Dia.. Dia bagi mcam2 dekat sy. Mata untuk melihat. Mulut untuk berkata-kata, Telinga untuk mendengar. Akal untuk berfikir. Hati untuk merasa. Yang penting Dia bagi sy kehidupan. Hidup .. bernyawa.. bernafas  di bumi ni.
tetiba sy rasa malu..
malu dengan Dia..Dia dah bagi mcm2 dekat sy.. tapi selalu sangat sy lupa tentag tu.. lupa tentag Dia..
Sedangkan Dia.. Tuhan sy.. sy hamba Dia.
sudah bayak yang Dia beri, but still sy tamak.. lupa utk bersyukur.. lupa tentang hakikat yg satu tu.

wahai diri..
anda tahu tak,
berapa lama lagi anda dapat hidup di dunia ni?
berapa lama lagi anda dapat melihat?
berapa lama lagi anda dapat mendengar?
berapa lama lagi anda dapat berkata-kata?
berapa lama lagi anda dapat hidup dengan segala kesenangan yang Dia pinjamkan ni??

wahai diri..
dah berapa banyak anda hutang dengan Dia?
sedangkan Dia tidak pernah putus2 tunaikan permintaan anda..
dah berapa lama masa anda lupa akan Dia?
sedangkan Dia.. tidak ada satu detik pun lupakan anda..
.....

hakikatnya dunia ni penuh dengan ujian..
setiap perkataan yg dikeluarkan itu ujian, setiap pandangan yang kita halakan itu ujian.. semua langkah kita penuh dengan ujian..
benda yg hadapan kita itu satu ujian..
orang sekeliling kita pun ujian..
hidup.. satu ujian utk kita..
sudah pass ke kita ni dengn ujian dunia?

astagfirullah...
astagfirullah..

kenapa perlu tamak?
bersyukurlah..
kenapa perlu bongkak?
sedarlah diri..

siapa kita yg sebenar??

p/s: alone.. tengh2 malam... borink.. tak nak tidur lagi... cuba untuk muhasabah diri di malam hari..

Friday, September 30, 2011

pretending

"It's amazing how some ppl can hurt others and pretend like they know nothing about it!!!"


ade seorang kawan sy post status ni dekat fb. and agak tertarik dengn ape yg die ckpkan..
yup2.. dlm dunia ni.. xnafikan, bnyk nye je org yg kurng sensitif dengn hati orang yg lain..
yup2.. kite hidup di dunia ni bukan untk perhambakan diri kepada manusia.. kita ada Tuhan yang Satu utk kita abdikan diri..
tapi.. xkanlah  sampai kita lupakan hubungn sesama manusia ,abaikan terus .. just kisahkan hubungan dengan Yang Esa sahaja?
tak betulkan mcm tu.??




itulah.. masalah 'insensitivity' msyarkat sekarang...
xsemua org ade hati and perasaan yang sme kan.. ade yg terlebih sensitif.. ade yg 'hard core'.. 
tapi.. xsemestinya yang 'lembut' itu lemah.. and same wif the 'hard core' one... xsemstinye hati die kebal dengan ape bentuk ujian sekalipun..
memang manusia tercipta lemah.. 
jadi sesama manusia... xboleh ke klo kita menjaga hati n perasaan sesama kita?
xperlu la nk memperhambakan diri kpd manusia.. just.. nk minx.. seboleh mungkin kita cuba jaga heart feeling org sekeliling kita..
we are all the same~
 xperlu nak megah.. sombong.. bongkak.. or ape2 pon je la..
if you wanna advice him/ her.. please do it in a proper way..
if you wanna do somthing.. please think first.. whether its wrong or right..
if you wanna say something.. think bout  what others will say too..
mungkin semua benda menjadi lebih senang klo kita hidup dengn ingat kita ni semua sama ja..
sape la kita ni nk letak taraf.. tinggi ke rendah??
kita semua adalah hamba DIA..
no difference.. 
we all need HIM..


kata nk jaga hubungn dengn Tuhan.. jadi.. kena la jaga jugak hubngn sesama manusia..


yang bercakap ni, xbermksd nak kata diri sendiri perfect .. and I admit.. sy sendiri pon sering lupa hakikat ni..
bnyk benda yg dibuat tanpa sedar , boleh menyakitkn org sekeliling..
yup.. manusia mudah lupa.. * bukan sahaja malayu mudah lupa..


so.. please.. xde sape dpt ubah diri org lain mengikut kehendak diri sendiri.. tp we can change ourselves..
so why not we start with ourselves first??
please be sensitive..


and this reminder is also for me .. myself! 


p/s: minx maaf if terkasar bahasa.. xberniat bercakap utk menyindir or yang seangkatan dengannya , just as a reminder for all of us.. 
terima kasih.  =)











Tuesday, September 27, 2011

penat..

penat..
letih...
mengeluh...
soal diri..

kenapa?
apa harus buat?
...

akan berulang lagi sekali kah?
...

diri cuba menguatkan hati untuk terima ujian ini..
janganlah mengeluh duhai hati..
bertabahlah wahai diri..
DIA tahu segalanya..
besar hikmah nya..


p/s: "sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"

Thursday, September 22, 2011

EMC!



EMC selagi kau tidak melulu.

EMC selagi kau menutup malu.

EMC selagi kau memelihara adab.

EMC selagi kau menjaga aurat.

EMC selagi kau menjaga batas.

EMC selagi kau waras berhias.

EMC selagi kau bersifat ftrah.

EMC selagi kau pantang menyerah.

EMC selagi kau terus bersolat.

EMC selagi kau lurus bertaubat.

EMC selagi kau jujur berilmu.

EMC selagi kau suami tak jemu.

EMC selagi kau membaca al-Quran.

EMC selagi kau beradab sopan.

EMC selagi kau kasih ibu bapa.

EMC selagi kau mendidik keluarga.

EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak.

EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat.

EMC selagi kau sabar dan tenang.

EMC selagi kau tegakkan Islam.

EMC selagi kau mencegah kamungkaran.

EMC selagi kau berniatkan Tuhan.

EMC kerana kau seindah Islam.

.....

EMC.. selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.

 *EMC = Engkau Memang Cantik

by: Burhan Sodiq.

p/s: EMC... selagi kau tampak  cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman~

Monday, September 19, 2011

bagaimana hendak melangkah?

....dalam beberapa hari shj lagi..
kaki ini bakal melangkah pergi kembali...
jauh dari keluarga...
bagi meneruskan perjuangan yang Engkau tetapkan untukku..
belum bersedia rasanya...
2 bulan terasa seperti 2 hari...
bagaimana aku hendak melangkah dalam keadaan begini?
tak sanggup rasanya tinggalkn keluarga dalam keadaan begini..

ya Allah... ingin shja hku minta tangguhkan wktu utk aku pergi..
harap dapat pnjangkan lagi cuti ini...

ya Allah...
hku berserah hanya kepada-MU..
untuk memelihara keluarga.. sepnjng ketiadaan aku..
kuatkanlah mereka..

ya Allah...
kurniakan lah kesihatan yang baik buat keluarga ku semua...
sembuhkanlah mereka...

ya Allah..
berikanlah senyuman berpanjangan buat kedua ibu bapa ku..
tak sanggup ku melihat mereka kesedihan dan kesusahan..
tanpa aku di sisi mereka..
bagaimana aku boleh membantu?

ya Allah...
tolonglah jaga mereka untukku..
peliharalaha mereka dengan sebaik mungkin...
aku rela senyuman ku yang Engkau pudarkan sebagai gantian dengan ketenangan dan kebahagiaan buat mereka..
Engkau ambil lah apa yang ada pada diri ku.. tetapi jangan pada mereka...
berikanlah kebahagiaan kepada kedua ibu bapa ku dan seluruh keluarga ku... di dunia dan akhirat...
tolonglah jaga meraka bagi ku ya Allah...
berikan yang terbaik buat kami semua...
tabahkanlah kami ya Tuhan...

p/s: ...tak bersedia untuk pergi lagi sekali... kuatkanlah  kami ya Allah..

Saturday, September 17, 2011

hati dia kaya


dia buta....
dia bersyukur..
katanya..
 " aku bersyukur aku buta.. kuranglah dosa mataku melihat "

dia mampu melihat..
dia bersyukur...
katanya ..
" aku bersyukur aku dapat melihat... dapat ku melihat cantiknya ciptaan-Mu setinggi pujian bagi-Mu"

dia tidak dapat mendengar..
dia bersyukur..
katanya..
" aku bersyukur aku tidak dapat mendengar... telinga ku pekak dari mendengar umpatan dan fitnah"

dia mendengar..
dia bersyukur..
katanya..
"aku bersyukur aku dapat mendengar indahnya alunan suara membacakan ayat-ayat dari-Mu"

dia bisu...
dia bersyukur...
katanya..
"aku bersyukur.... kerana aku jauh dari dosa-dosa mulut yang boleh menghinakan aku"

dia mampu berkata-kata..
dia bersyukur..
katanya..
" aku bersyukur.. kerana nikmat inilah aku mampu berkata yang mana benar dan yang mana salah mengikut syariat-Mu"

dia miskin...
dia bersyukur..
katanya..
"aku bersyukur ..kerana kurangnya benda yang aku miliki untuk dihisab dihadapan-Mu nanti"

dia kaya...
dia bersyukur...
katanya...
"aku bersyukur... kerana dengan harta yang aku ada.. akan ku belanja pada jalan-Nya untuk membeli syurga"

dia tidak mempunyai anak..
dia bersyukur...
katanya..
"aku bersyukur... kerana aku dijauhkan dari dosa akibat salah mendidik anak-anak"

dia mempunyai anak yang ramai..
dia bersyukur..
katanya..
"aku bersyukur...kerana dimurahkan rezeki untuk memiliki anak-anak yang soleh"

dia diuji dengan kesusahan..
dia bersyukur..
katanya..
"aku bersyukur... dengan ujian ini..aku ingin bersabar untuk memperoleh syurga dan darjat disisi-Mu"

dia diuji dengan kesenangan...
dia bersyukur..
katanya...
"aku bersyukur.. dengan nikmat hadiah dari-Mu ini.. jauhkan lah aku dari kealpaan "


dia bersyukur... dengan apa yang dia ada..
dia redha kepada Allah S.W.T
dia seorang yang kaya...
kaya dengan pahala...
walau diuji...
dia kaya dengan ketenangan...
sungguh.. hati dia kaya...
kaya dengan KESYUKURAN...

p/s: masukkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bersyukur ya Allah...

apakah tanda-tanda bagi semua ini?

....


takutnye tengok... konsert secara besar-besaran.. tujuan diadakan utk menyambut perayaan something.. *kononnye.. 
dengar kata turut hadir 'orang kenamaan'  a.k.a orang besar dalam negara..
yang gerunnye... tampilkan penari dan penyanyi  or artis negara sendiri yang .. fuh masyaALLAH.. ~  tak kire la.. artis lelaki ke..  wanita ke.. sama je..  menari ingat dunia sahaja!!


penari lelaki.. ala2 Korea gitu.. ~ aduii.. kenape laaa mesti nk tiru negara orang lain? mane identiti sendiri ?


yang wanita pula menari  atas pentas.. megah sekali... T_T  
*tiru artis luar negara mungkin..
 yg malunye... ramai pulak tu drpd bangsa sendiri...
proud gamaknye...buat gaya mcm tu..seakan-akan  nak tayangkan kecantikan sendiri depan ribuan penonton... terbuka gitu..~


penonton pun... xkira la ape jantina sekali pun.. enjoy.. angkat2 tangan... angguk2 kepala... ~


malu dengn diri sendiri...
malu dengan kaum sendiri..
risau... takut.. sedih....


apakah tanda-tanda bagi semua ini??


p/s: ya Allah... Engkau jauhkan lah kami dari kelalaian dan kealpaan... dan azab-Mu ya Allah..
kurniakanlah petunjuk buat kami.. dan bimbing lah kami ke jalan yang benar.


*layan lagu nii... 





Saturday, September 10, 2011

6 sifat yang mesti dielakkan !!



Sabda Rasulullah S.A.W : " kebaikan isteri yang solehah  adalah lebih baik daripada dunia dan isi dunia"




Antara sifat-sifat yang mesti dielakkan untuk menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah....


1) Al- ananah 
~ selalu berkeluh-kesah , mengadu.. dan kuat complain~


2) Al- mananah
~ sikit-sikit mengungkit.. sikit-sikit mengungkit... suka sangatttt mengungkit~


3) Al - Hunanah 
~ mempunyai keinginan terhadap orang lain.. time2 bertunang pun.. still ade hati lagi.. pasang mata meng-usha orang lain...~


4) Al- Hudaqah 
~ apabila nak sesuatu benda atau keinginan...nak jugak sangat2 kalaupun  tidak mampu...sehingga memaksa!


5) Al-Buraqah
~ siang malam.. pagi petang.. asyik sibukkk memanjang dengan solek - menyolek.. berdandan.. dan tidak pernah merasa puas!


6) As - Salaqah
~banyak sungguh bercakap... cakap.. cakap.. cakap..  tak..henti2!




p/s: nasihat diambil dari talk
Ustaz Kazim Elias bertajuk : 'Kahwinilah Perempuan kerana Agamanya' =)  
boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk masa hadapan!! 

Wednesday, August 24, 2011

thank you !!

 YOU teaches me
in a way that no one can ever tell..
 YOU gives me
something that no one else can give it to me
 YOU shows me
one thing that is so long forgotten..
 YOU plans for me
so neatly and smoothly ... so sweet...
 YOU brings me to YOU
with loves and  by YOUR  love's one..
and make me fall in love too..
 YOU lights me up
with the chosen one for me..
 YOU makes me know
something from nothing
 YOU brings something
new in my life that I rely on.. to live
  and ...
YOU makes me meet with something
that only me and YOU know it..
that I  really- really appreciate it..
and YOU teaches me... .. keep on teaching me....
Alhamdulillah...
oh thanks to YOU...
and thanks to you....
and thanks to all..~



 p/s: NO one can ever do like that for me.. except YOU!






Friday, August 19, 2011

laluan cinta

Laluan cinta..


arahkan rasa ini ke satu destinasi...destinasi Ilahi..
tanamkanlah cinta yang  utuh dalam diri ini... hanya kepada yang Maha Pengasih..
belailah rindu yang tersemai ini ... agar hanya nama agung -Mu yang akan ku sebut....
sucikan hati nan satu ...agar bersih dapat  kuserahkan hanya untuk-Mu...








~~~



CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..



~~~



Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud  seorang hamba
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang  sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

~~~
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'



"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah."

 p/s:  2 puisi di atas di ambil dri link ini .

lagu lama..lirik baru!





"Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nnti jawab iman, ujian yg goncang..

                                  Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nnti jawab ujian, tanyalah aqal..

Aqal nnti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..

Tengok dlm hati, nmpak tmpat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang.."



Thursday, August 18, 2011

proses pengabulan doa

Terdapat 3 cara Allah SWT mengabulkan doa kita. 
Tujuan sy share sedikit pengetahuan tentang  ini adalah supaya  hilang keraguan kita terhadap  janji Allah SWT seperti  dalam ayat ini ;


"Aku mengabulkan permohonan irang yang berdoa apabila ia memohon padaKU" [Al-Baqarah :186]


"...berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu.."
[ Al-Mu'min:60]



1. Kita doa, Allah SWT makbul


Ini normal. Apabila kita berdoa kepada Allah SWT, memohon sesuatu, setelah Allah SWT menilainya sesuai dan baik untuk kita , Allah SWT akan memberikan kepada kita tanpa syarat dan 'kos tersembunyi'.


2. Kita doa yang lain, Allah SWT beri yang lain


Erm.. adakah Allah SWT salah dengar doa kita kah?? atau pun... kita yang tersalah sebut ketika berdoa??  ~ huhu.. NOPE3!!
Sebenarnya, setelah diteliti... permintaan kita itu tidak sesuai dengan kita.
contohnya... kita berdoa meminta menjadi kaya! tapi mungkin.. kalau kita kaya , kita akan menjadi riak.. dan lupa pada Allah SWT.. lalu melakukan dosa2 besar. Oleh itu, AllahSWT  menggantikan permintaan kita itu dengan sesuatu yang lain...yang  lebih baik , seperti kelapangan hidup. Contohnya, tidak terbelenggu dengan hutang2 .. atau tidak ditimpa kemalangan yang memerlukan belanja yg besar. =)


3. Kita doa , Allah SWT tidak makbulkan


??? ...
Sebenarnya.. bukan Allah SWT tidak makbulkan , tetapi Allah SWT tukar doa itu menjadi ganjaran yang cukup bernilai di akhirat kelak kerana amalan kita di dunia ini belum melayakkan kita untuk hidup senang di akhirat nanti. Ada satu riwayat mengatakan bahawa... seandainya manusia tahu betapa besar ganjaran doa yang dikabulkan di akhirat , pasti mereka menghendaki doa mereka tidak dimakbulkan di dunia.


~ betapa kasihnya Allah SWT.. sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-hamba-NYA kan.. ??
=)


alhamdulillah..
jom.. doa! 


p/s: bersabarlah... insyaALLAH.. ada ganjaran untuk kita kelak. 
jangan sedih2...

Wednesday, August 17, 2011

JIKA AKU JATUH HATI



* female version =)


*male version =)

both videos are the just same.
lets' recite the doa...
=)
insyaALLAH... 

"doaku.. moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran..
yang sememangnya menguji kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang ..

semoga cinta yang dicari telah ditemui
semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasih-Nya..
insyaALLAH..."

p/s: amin...