Monday, December 30, 2013

pelarian atau pencarian?

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

They said," the more you spread the love.. the more love you'll get back"

Kadang2 kerja itu boleh menjadi sangat berat.. namun apabila kerja itu diselaputi niat yang
Yang ikhlas... kerja itu akan menjadi mudah..

Ikhlas...
Tanpa sebarang harapan utk dibalas..
Kdang2.. itu amat susah bagiku...
Adakah itu.. ujian utk ku?

Ikhlas...
Bolehkah disertai dengan persoalan?

Atau diam itu tanda kelemahan?

Banyak perkara yang bermain di fikiran..
Namun tiada satu pun persoalan terjawab.
Adakah kerana aku tidak mencari jawapan?
Adakah kerana penakutnya aku untuk bersemuka?
Atau kerana jawapan itu sudah ditemui dan hanya aku yg melarikan diri?

P/s : sampai bila aku akan melarikan diri?.. smpai aku sudah bersedia? Bila..?

Sunday, December 8, 2013

Dalam Sujud

"Aku berlidung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

*bila stress exam baru ade mood nak menulis.. bila dengar lagu, baru ade ilham untuk menulis.*

Bismillahi tawakkaltu 'alallah...



Ingin sekali aku sujud pada Mu selama mana masa yang telah Engkau peruntukkan buat ku.

Dalam sujud itu.. 

Ingin sekali aku luahkan segala rasa yang tersimpan
dan segala kata yang tak mampu aku bicarakan melalui lisan, 
mahupun aku pancarkan melalui pancaindera yang Engkau pinjamkan..
kerana.. lemahnya aku seorang insan.

Ingin sekali aku tadahkan sekeping hati yang ku miliki , 
dengan apa yang tertulis
dalam kerdil telapak tangan ku ini.
Namun, sesungguhnya pasti Engkau lebih mengerti dan fahami.

Cinta Mu yang aku dambakan , untuk memayungi segala cinta dunia di sini.


Kasih Mu yang aku harapkan , untuk padamkan resah dan cela hati yang tersembunyi.


Rahmat Mu yang aku harapkan , agar terhapus segala salah kekurangan ku di sini.


Jikalau seorang diri aku tidak mampu menganggung perasaan dunia ,

Engkau ambil lah segala rasa itu dan gantikanlah dengan rasa cinta yang ikhlas hanya untuk Mu.
Hapuskan segala keluhan yang lahir atas kejahilan aku tentang nikmat Mu.
Gantikan ia dengan  syukur akan balasan yang Engkau janjikan di syurga Mu.

Jadikanlah setiap air mata yang mengalir  itu sebagai penawar buat hati untuk meraih redha Mu dan bekalan dalam kehidupan yang kekal nanti.


~ ~ ~

p/s: later...





Sunday, February 17, 2013

It's been a long day... and now I'm back here.

"Aku berlidung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

* fuh2!! berhabuk...~*

Assalamualaikum wrt.wbt.

Alhamdulillah... akhirnya , setelah sekian lama.... dpt jg buka blog ni semula.
huhu.. lama sungguh blog ini 'ditinggalkan'..
minta ampun sih.~

Alhamdulillah.. berakhir  sudah satu semester utk tahun ni.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...
dan..
InsyaAllah.. esok akan bermula la semester baru utk tahun ni.. *yeay*
harapnya semester kali ini mesti lebih baik dri yg sebelum nya. :))

tetapi, yang pelik nya, sepatutnya diri ini harus berasa semangat utk semester baru ni.. tapi.. entah kenapa, sehari seblum start kelas ni, badan terasa sangat2 lemah.. huhu ~ *mengada-ngada kah? T_T*
bertambah lemah lagi apabila jiwa pun turut terasa lemah..

perasaan sekarang : humble.. way too humble..  :(
mungkin..
terasa diri sangat2 kekurangan berbanding yg lain.. terasa rendah diri berbanding yg lain..
huhu..

entahla, tak tahu kenapa..

teringat pesanan seorang sister ni..

"manusia ni, terikat dengan masa.. "

dalam kehidupan.. masa itu akan berjalan seiringan dengan riwayat hidup kita.. selagi kita berada di muka bumi ini..

setiap perubahan dalam kehidupan itu juga memerlukan masa..
setiap insan, masa yang diperlukan untuk berubah itu juga berbeza..
ada yang cepat.. ada yang lambat..
ada yang berkali-kali kecundang
ada yang berubah terus 180 degree secara total!

tetapi yang penting... dalam kehidupan kita,
perubahan yang kita lakukan itu mestilah sentiasa menuju kearah kebaikan dan berterusan..
tidak kisah  masa yang diambil lama atau sekejap..
walaupun mungkin berkali-kali diperlukan..
yang penting ada perubahan!

kan?

niat berubah itu penting.. kepada apa.. kamu berubah.. dan  kerana apa kamu berhijrah?

................

sy harap bermula esok, untuk semester baru ini.... sy dpt melakukan perubahan.. perubahan ke arah yang lebih baik..
tak ape.. kalau sy lambat berbanding yang lain..
tak ape.. kalau sy kelihatan lemah berbanding yang lain...
tak ape.. kalau sy asyik2 kecundang...
asalkan sy bangun balik..
yang penting.. perubahan ke arah kebaikan itu mesti ada ...
tak ape.. susah pun..
sy kena cuba n usaha..

p/s :                                      It's been a long day , I've been hiding away...
It's been a long week... , I must now feel it's okay..
and all I've got to say is.. 
make it strong.





Monday, December 3, 2012

muhasabah diri selalu...

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

peringatan!
bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah..
bersyukurlah dengan masa yang Allah kurniakan..
bersyukurlah dengan kehidupan..yang Allah berikan ...

dan semua yang anda punya..
pancaindera yang sihat..
anggota tubuh yang sempurna..
akal fikiran yang hebat..
hati yang mampu merasa..

gunakan ia dengan sebijak-bijaknya...
gunakan pada jalan yang sepatutnya..
jalan yang akan membawa anda kepada kejayaan..

bukan setakat menggunakannya..
malah harus menjaga nya..

pelihara pancaindera anda...
pelihara dari perkara yang tidak sepatutnya..
dari perkara yang sia-sia..
dari perkara yang boleh merugikan anda..

menjaga pendengaran...
menjaga penglihatan..
menjaga percakapan...

kerana, tidak semua orang yang lahir di muka bumi ini beruntung seperti anda..
tidak semua orang mampu melihat.. mendengar..bercakap..seperti anda

tidak semua orang mampu berjalan seperti anda...
tidak semua orang mampu menggunakan tangan seperti anda..

kelebihan akal fikiran yang dikurniakan....
yang dapat membezakan yang benar dan yang salah...
gunakan ia dengan sewajarnya...

dan juga hati.
hati yang dimiliki anda..
jagalah ia ..
peliharalah ia dengan sebaik-baiknya..
agar ia sentiasa cantik di mata Pencipta nya
agar ia sentiasa sihat dan subur dengan keimanan.. dan ketaqwaan..

peliharalah setiap nikmat yang telah dikurniakan....
agar anda manjadi salah seorang dalam golongan orang-orang yang beruntung..
insyaAllah

p/s: muhasabah diri....setiap apa yang anda punya.. tak semua orang ada.. maka ,bersyukurlah....


Thursday, November 29, 2012

nak...

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


....
nak cakap.. tapi tak tahu macam mana nak luahkan..
nak tulis.. tapi tak tahu macam mana nak simpulkan ayat...
nak buat itu..
nak buat ini..
nak yang itu..
nak yang ini..
nak..
nak..
nak..


macam-macam nak..
tapi..
tak mampu...

kadang-kadang saya rasa macam tu..

inilah diri saya..
sangat terbatas..
saya terima diri saya seadanya..
kerana memang hakikatnya 'saya bukanlah milik saya'...

saya ada Pencipta saya
saya ada Penjaga saya..
saya ada Pemilik saya..
saya pasti.. dalam apa jua keadaan sekalipun ..
Dia pasti akan jaga saya..
selagi mana saya jaga hak-hak Dia..

dan begitu juga kamu..kamu..kamu......
saya pasti..
Dia akan jaga kita semua...
selagi mana kita jaga Dia...

walaupun kadang-kadang saya rasa  nak lakukan macam-macam..
nak lakukan untuk diri sendiri..
atau lakukan untuk orang lain..
tapi saya tahu.. saya tak mampu untuk lakukan semuanya..


jadi saya serahkan pada-Nya..

saya ada terjumpa satu ayat ni..
dan ia membuatkan saya susah untuk putus harapan pada-Nya..

 "God , who created your heart , can most definitely heal it"

......

p/s: Keyakinan dan pengharapan yang tinggal.. itulah yang akan membuahkan kekuatan untuk terus bertahan. 
Dengan izin Allah... 







Monday, November 26, 2012

Allah sentiasa bersama mu.. wahai sabahat.

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jikalau kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.Engkau lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"

[A-Baqarah;286]


sehingga akhir tahun ini, bila mengenangkan balik apa yang telah berlaku dan pengalaman2 yang dah dilalui.. sungguh banyak ujian diri, hati perasaan dan  yang bermain dengan akal fikiran yg diberi.... 
sememangnya manusia tak akan terlepas dari diuji oleh Yang Maha Berkuasa.
sedangkan para anbiya' juga diuji dengan hebatnya..
kisah Maryam.. 
kisah para sahabat...
sedangkan mereka termasuk dalam golongan yang benar-benar beriman,

apetah lagi.. kita.. manusia pada zaman sekarang ini.. yang mana imannya.. asyik turun naik.. senipis kulit bawang.. hanya Allah shaja yang mengetahui.

sehebat-hebat ujian yang diberikan.. menunjukkan hebatnya kasih sayang Tuhan nya terhadap hamba-Nya.

wahai sahabat,
diri ini masih mempunyai banyak lagi kekurangan dan kesalahan yang dilakukan.
dan diri ini terasa sangat terbatas untuk membantu..
malah  tidak pandai mengeluarkan kata-kata yang mampu menenangkan atau menyelesaikan sebarang permasalahan..
tetapi.... sy yakin, pertolongan dan ketenangan itu.. hanya Allah yang mampu berikan,
dengan perkongsian ini.. sy sandarkan pada Allah.. semoga apa yang disampaikan di sini, diizinkan Allah untuk menghadirkan ketenangan ke dalam hati sahabat.

insyaAllah sahabat,
yakinlah.. 
Allah itu sangat menyayangi hamba-hamba-Nya
dan Allah itu Maha Adil, 
Dia tidak akan menurunkan ujian melebihi dari kesanggupan hamba-Nya , dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya .. sedangkan kita mempunyai akal fikiran yang amat terbatas.

saya tahu..
di dunia ini, kadang-kadang ,
apa yang dipertanggungjawabkan  amatlah berat untuk dilaksanakan....
amanah itu.. tak mampu untuk dipikul..
tetapi kerja itu.. adalah kerja kita bersama..
tiada siapa yang sempurna.. kerana itu Allah menjadikan kita satu ummah..
saling membantu, melengkapi mengisi kekurangan sesama insan..

saya tahu..
akan takutnya apabila dipersoalkan kelak di hari muka..
tentang bagaimana sudah kita laksanakan..
sungguh saya pun gerun akan hari itu..
kerana ketahuilah.. semua manusia akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita lakukan..
sama ada yang memikul terus, atau yang menyokong, atau yang membantu.. atau yang sekadar memerhati..
kerana semuanya satu ummah.. 
kerana amanah itu tanggungjawab bersama..

yakinlah sahabat,
Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya..
sandarlah pada Dia.. Dia yang Maha Berkuasa.
yakinlah apa yang Dia tetapkan itu adalah yang terbaik buatmu.
mungkin bukan di hari ini.. atau mungkin di hari akan datang.. mungkin nanti, hikmah nya itu menunggu kamu di akhirat sana..

sesunggunhnya , muka bumi ini milik-Nya,
apa yang Dia kehendaki , itulah yang akan terjadi..
tiada daya melainkan dengan kuasa-Nya.
dan Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya
Dia Maha Pencipta, amat mengetahui akan keterbatasan makhluknya..
Dia Maha Bijaksana...dan Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-Nya.

maka bersandarlah pada Allah.. bertawakkal lah pada Allah..
Demi Allah.. dan agamanya,
marilah kita berusaha keras bekerja selagi mana kita mampu, ayuh kita usahakan..
selebihnya, segala keputusan terletak di tangan Allah..
yang akan dilihat adalah usaha kita.. 
ambil lah peluang ini untuk mendekatkan diri dengan Allah.. 
insyaAllah..

wahai sahabat,
diri ini hanya ingin berkongsi rasa, 
minta maaf jika tersalah bicara..
kerana  sangat lah  terbatas ilmu yang dimiliki..
dan, diri ini tahu,  yang memikul sesungguhnya lebih terasa bebannya, berbanding yang melihat..
tetapi yakinlah Allah sentiasa bersamamu..
dan Dia kurniakan teman-teman buat mu.. dan makhluk2-Nya.. berjuang bersama dengan mu..
selagi mana kamu menghendakinya dan redha dengan-Nya..
insyaAllah..

ayuh, demi Allah.. kita berusaha ! 
=)

p/s: mulakan langkah mu dengan bismillah... insyaAllah. 



Monday, November 19, 2012

kesalahan

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

kita selalu melakuka kesalahan..
sama ada secara sengaja atau tak..
sedar atau tidak..
dan selepas itu.. mula lah lahir kekesalan yang menimpa2..

astagfirullahalazim

~ ~ ~ ~ ~

T_T
malu dengan diri sendiri..
malu pada makhluk Allah..
dan paling penting sekali.. malu pada Allah..

mesti muhasabah diri!!

sekarang dah sampai masa nya untuk bertapa..

p/s: ..mood - hijrah!