Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
~ ~ ~ ~
Melalui hari-hari lepas ,
tidak mudah..
tetapi tetap mencuba
Ya Allah..
setiap didikan-Mu itu indah..
sungguh Engkau mengajarku seribu erti dalam suatu ujian
Ya Allah..
jika tidak kerana-Mu,
aku tidak mengetahui..
jika tidak kerana-Mu,
aku gagal
dan jika tidak kerana-Mu
aku jauh dari-Mu..
Engkau berikan sinar tatkala dalam kegelapan..
Engkau berikan kesabaran dalam kepayahan..
Ya Allah..
Tetapkan ku dalam muhasabah ini
Jangan biarkan ku lupa tarbiyah ini
Jangan biarkan ku jauh dari-Mu..
Kerna ku takut , aku akan leka lagi
Kerna ku tidak mahu, aku lupa lagi..
Kerna ku takut,untuk kehilangan Mu..
Dan kerna satu hari nanti, ku pasti akan diuji lagi
Kerna suatu hari nanti, ku pasti rindu akan saat-saat antara Engkau dan aku sebegini lagi..
Dan agar hati ini, akan sentiasa terpaut pada-Mu.
Ku mohon...
Kuatkan langkah kami..
Dalam menjalani hidup ini,
Agar suatu hari nanti.. dapat kami bertemu dengan-Mu dalam keredhaan-Mu.
Terima kasih Allah.
p/s : TTL dari Allah = Tarbiyah Tidak Langsung dari Allah
Syukur..
Hadiah kali ini ditujukan khas buat Mak,
Selamat Hari Lahir Mak!
~ ~
Doa mu ibu ,tidak akan ku lupa..
Doa ku ibu, tidak akan ku hentikan..
Tiada kata yang mampu untuk luahkan rasa ini
Terima kasih Ibu, LOVE ~
Dan terima kasih buat semua yang mendoakan dan membantu...
=)
* semoga entry kali ini dapat dijadikan peringatan untuk menghadapi masa-masa akan datang
tak akan melupakan dan tak ingin melupakan!
insyaAllah.
Teruskan berusaha dan berdoa untuk semua.


No comments:
Post a Comment